Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa di Mahkamah Sesyen pada hari ini terhadap dua tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 membabitkan unsur nadir bumi (REE).

Walau bagaimanapun, Mohamad Hilmi Abdul Wahab mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim, Suzana Hussin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengikut pertuduhan, Mohamad Hilmi meminta dan menerima suapan wang tunai masing-masing berjumlah RM250,000 serta RM150,000 daripada Pengarah Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd.

Permintaan rasuah itu melalui seorang lelaki dikenali sebagai Syed Muhammad Syid Aluvi. Kedua-dua kesalahan rasuah sebagai dorongan kepada tertuduh selaku Setiausaha Politik Muhammad Sanusi untuk membantu Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd untuk mendapat kelulusan permohonan lesen perlombongan dan penjelajahan REE di Kedah.

Kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen terbabit memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan jika dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Sumber