Bekas suami kepada influencer dan usahawan Kim Seri ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan membabitkan pakej pelancongan ke Korea Selatan.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Johor Datuk M Kumar mengesahkan penahanan itu hari ini tetapi tidak mengulas lanjut.

Baca Juga:

Kenyataan lanjut berhubung penahanan itu dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Difahamkan berita mengenai penahanan itu mula tular tiga hari lalu, selepas ada seorang wanita yang mendakwa sebagai bekas kakak iparnya berkongsi perbualan WhatsApp di akaun TikToknya, yang dipercayai dengan Kim Seri.

Wanita itu meminta Kim Seri untuk pulang ke Malaysia dan membersihkan nama bekas suami, serta ahli keluarganya.

Dalam pada itu, influencer itu telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki Korea Selatan dikenali Choi Amin baru-baru ini.

Sumber