Pada tahun lalu nama Kim Seri menjadi bualan ramai apabila berjaya membuka restoran halal tiga tingkat di Myeondong, Seoul.

Tujuan dia membuka restoran itu kerana ramai memintanya berbuat sedemikian kerana kesukaran untuk mencari makanan halal di negara tersebut.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Restoran tersebut mendapat sambutan daripada para pelanggan muslim seluruh pelusuk dunia.

Bagaimanapun susulan pempengaruh itu terpalit dengan kes menipu pelanggan yang sudah membuat pembayaran perkhidmatannya baru-baru ini, Kim terkejut apabila mendapat tahu restoran tersebut bukan lagi ‘miliknya’.

'Hari Ini Ditendang Tiba-Tiba, Kejam Ya Dunia Perniagaan' – Kim Seri
Sumber Gambar: IG Story @kimseri_eina

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran IG Story. Hantaran tersebut menunjukkan tangkap layar seorang individu meminta orang ramai tidak ‘menyerang’ nombor WhatsApp restoran tersebut. Ini kerana perniagaan tersebut sudah bertukar hak milik.

Kim Seri menegaskan dirinya adalah pengasas asal kepada restoran tersebut.

“Allah tahu siapa yang berusaha keras mendapatkan kedai ini dulu daripada pemilik.

“Allah tahu penat lelah yang kita mulakan. Berbulan draft rangka & hias reka, hari ini kita ditendang tiba-tiba.

“Kejam ya dunia perniagaan. Selamat datang ke dunia muka-muka,” luah Kim Seri dengan penuh kecewa

Dalam hantaran IG Story seterusnya, pempengaruh itu berkongsi video kali pertama dia berjumpa dengan ‘pemilik’ terdahulu restoran tersebut.

“Sekadar collab? Akulah menemui ‘sarang’ ini dan menggilapnya dengan rasa impaianku yang melangit.

“Orang melihatnya debu, tapi aku melihatnya salju,” kata Kim Seri.

Pada penghujung hantaran IG Story, pempengaruh itu meninggalkan pesanan kepada pemilik baharu untuk mengekalkan surau di tingkat tiga restoran tersebut.

'Hari Ini Ditendang Tiba-Tiba, Kejam Ya Dunia Perniagaan' – Kim Seri
Sumber Gambar: IG Story @kimseri_eina

Sementara itu, pemilik baharu restoran tersebut menyatakan hal-hal berkaitan isu yang tular ketika ini tiada kena mengena dengannya.

“Salam, Hal tentang Kim Seri, Investor Restaurant, Tour, Guest House atau sebagainya adalah diluar bidang kawalan saya.

“Segala urusan berkenaan bisnesnya yang lain, tiada kena mengena dengan saya. Saya tak tahu dan tak terlibat. Nama saya untuk dibayar. Bole rujuk kepada Kim Seri Eina Sani.

“Harap maklum dan terima kasih. Semoga dipermudahkan urusan dia,” kata pemilik baharu restoran.

Pada masa sama dia meminta orang ramai berhenti ‘mengganggu’ dirinya berhubung isu yang sedang tular kerana dia tidak terlibat.

Dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya sekiranya masih ada yang masih berbuat sedemikian.