Tular di laman media sosial khususnya TikTok mengenai pempengaruh Malaysia yang kini menetap di Korea, Kim Seri yang didakwa menipu pelanggan yang menggunakan khidmatnya untuk melancong ke Korea.

Ramai pihak yang membuat pendedahan di laman media sosial dengan mengatakan mereka ditipu dimana ada juga yang terkandas di lapangan terbang kerana mendapat tiket palsu dari pempengaruh berkenaan.

Baca Juga:

Ada juga mangsa yang berkongsi kisah dimana mereka tidak menerima tiket atau pengesahan penerbangan dari Kim Seri menjelang perjalanan mereka ke Korea.

Di laman Threads, ada individu yang memuat naik senarai nama-nama mangsa yang dipercayai telah ditipu dengan kerugian mencecah RM400 Ribu.

Bagi menjawap isu ini, Kim Seri melalui laman media sosial Instagram miliknya menyatakan beliau sedang menguruskan proses bayaran balik kepada pelanggan yang terjejas.

Kim Seri
Kim Seri

Sebelumnya, beliau ada memuat naik kata-kata pujangga mengenai takdir yang diyakini adalah sesuatu yang terbaik buatnya.