Sejak minggu lalu, konflik rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi telah menjadi perhatian orang ramai dimana isterinya, Nurul Shuhada telah mendedahkan Hafidz curang dengan seorang wanita iaitu Athira Yuhada.
Bukan itu sahaja, Shuhada juga telah ditumbuk tiga kali oleh suaminya sehingga menerima 10 jahitan pada pipi dan menyebabkan cacat kekal.
Baca Juga:
- Tumbuk Isteri Hingga Cacat Kekal, Hafidz Roshdi Akan Dipanggil Polis Untuk Beri Keterangan
- ‘Terima Kasih Hadiah Cacat Kekal Pada Muka’ – Respon Shuhada Selepas Ditumbuk Hafidz Roshdi
- Muat Naik Gambar Sedang Dirawat, Ahli Keluarga Dakwa Hafidz Tumbuk Nurul Shuhada Di Muka
Terbaharu, Athira memuat naik hantara di Instastory miliknya semalam menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya menjaga perasaan seseorang serta tidak menyakiti hati mereka.
“Belajarlah menjaga perasaan orang lain, jangan menyakiti. Kerana seberapa banyak kamu sujud pun, jika yang disakiti enggan memaafkan, maka, Allah pun enggan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hafidz dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis susulan mencederakan isterinya. Bagaimanapun, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pelakon itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.