Kerajaan akan meningkatkan usaha bagi membantu golongan belia untuk berjaya termasuk dalam sektor pendidikan di bawah Belanjawan 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Bercakap dalam wawancara Felo Perdana, golongan belia adalah penyumbang utama kepada agenda pembangunan negara dan kerajaan menyedari bahawa golongan belia memerlukan sokongan dari segi sistem pendidikan awam yang baik dan ekonomi yang memberi peluang untuk mereka berdikari dan berjaya.

“Peluang harus diberikan untuk semua sama ada mereka mempunyai kelayakan akademik atau vokasional. Semua ini akan diperbaiki semasa penyediaan Belanjawan 2021,” katanya.

Tengku Zafrul juga mengajak semua orang termasuk golongan belia untuk berkongsi idea dan cadangan mereka bagi dipertimbangkan untuk Belanjawan 2021. Cadangan boleh dihantar ke Kementerian Kewangan di alamat emel [email protected].

Tengku Zafrul turut berkata bahawa Kementerian Kewangan berada dalam satu fasa perancangan untuk menyediakan satu platform buat para belia meluaskan ilmu pengetahuan mereka mengenai bidang pengurusan kewangan.

“Pengetahuan kewangan sangat penting dalam membantu seseorang mencari arah dalam kehidupan mereka,” katanya.

Dalam belanjawan terdahulu, studio animasi mendapat manfaat yang besar apabila diperuntukan Rm20 juta pada Belanjawan 2020. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Studio Animasi Terkemuka Negara Sambut Baik Peruntukan RM20 Juta Dalam Belanjawan 2020

5 Keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 Yang Tidak Ada Di Negeri Lain