Aliff Aziz rasminya menceraikan Bella Astillah dengan talak satu. Ianya selepas satu proses penceraian di mahkamah diambil oleh pasangan tersebut.

Sebelum ini Bella Astillah memfailkan tuntutan cerai namun Aliff Aziz enggan melakukannya.

Dan hari ini, pada sesi sebutan semula kes itu, Aliff Aziz akhirnya setuju menceraikan Bella Astillah dengan talak satu.

Rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astilla sebelum ini bergolak lagi apabila Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan Ruhainies yang merupakan kawan baik kepada Bella Astillah sendiri.

Aliff Aziz dan Ruhainies menafikan mereka melakukan perkara tidak senonoh dan menyatakan mereka terperangkap dengan keadaan.

Bella menegaskan bahawa mereka menunggu ahli keluarganya yang lain datang untuk makan malam. Namun ahli keluarganya tersekat di kesesakan lalulintas.

Kemudian Bella Astillah berkeras untuk menuntut cerai selepas suaminya itu beberapa kali bermain kayu tiga.

Selepas proses penceraian selesai, Bella Astillah dengan nada sindiran mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat baiknya Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid.

Menerusi IG miliknya Bella Astillah berkata:

“Assalammualaikum, bismillahirahmannirahhim.. dan berakhirlah kisah kami.

“Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik. Dan kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukan lah satu kesilapan akan tetapi pilihan.

“Saya selalu mengimpikan rumahtangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir.

“Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang. Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka.

“Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup. Terima kasih buat keluarga, sahabat, rakan rakan industri, media dan semua followers yang mendoakan kami semua.
Semoga segala doa yang baik baik berbalik kepada anda semua.

“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam, kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam.

“Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka. Jalan terus, Dayang Ara Nabellah Binti Awang Astillah”