Bella Astillah dikritik netizen kerana video memaparkan dia memakai pakaian terlalu seksi ketika tempoh iddah. Video tersebut dimuat naik oleh kenalannya di platform media sosial dan dengan cepat telah tular.
Netizen mengingatkan Bella Astillah bahawa dia baru sahaja bercerai, tak sampai sebulan, namun dah buat hal dengan perkara seperti ini.

Bella Astillah baru sahaja bercerai dengan Aliff Aziz pada 13 Jun yang lalu. Ianya selepas rumah tangganya bergolak akibat bekas suaminya yang ditangkap khalwat dengan pelakon terkenal, Ruhainies.
Bella Astillah ketika itu menyatakan bahawa dia akhirnya nekad menuntut cerai daripada Aliff Aziz selepas beberapa kali dikhianati suaminya itu. Sambil menegaskan bahawa selepas ini dia tak akan lagi mencintai lelaki terlalu dalam.
Tetapi kini, Bella Astillah terlibat dalam kontroversi yang tak disangka sangka. Di mana telah tular video dia berpakaian terlalu seksi.
Dalam video tersebut Bella Astillah sedang seronok bermain bola tampar di pantai ketika dia bercuti bersama dengan keluarganya.
Bella Astillah dinasihati agar menjaga tempoh iddah selepas dia bercerai bukannya bersuka ria dengan pakaian seksi dengan mendedahkan sebahagian besar belakangnya.
@kikofandom hi @bellaastillah94 sumandak sabah memang lawa2 #bellaastillah #aliffaziz #ruhainiesaliffaziz
Di sebalik banyak kecaman yang dilemparkan, ada juga pihak yang mempertahankan Bella Astillah, kerana menurut mereka itu mungkin video lama yang baru dimuat naik ke media sosial.
Ada yang mendedahkan bahawa keluarga Bella Astillah memang agak seksi dalam berpakaian. Namun selepas dia berkahwin dia lebih menjaga cara berpakaiannya.
Seterusnya seorang lagi meminta netizen jangan ganggu Bella, dan biarkan dia bergembira dan menikmati privasinya. Kerana Bella sudah cukup menderita kerana bekas suaminya.