Sejak malam tadi, nama Emma dan Chacha Maembong menjadi bualan netizen apabila nama mereka dipetik Ruhainies ketika perbualannya bersama Aliff di Whatsapp.
Perbualan Whatsapp antara Aliff bersama Ruhainies disebarkan oleh kekasih gelap Aliff di Instagram. Susulan itu, Chacha tampil memberikan kenyataan di Instagram miliknya menjelaskan apa yang berlaku.
Baca Juga:
- Selepas Mengaku Sebagai Kekasih Gelap, Sarah Dedah Perbualan Penuh Ruhainies Dan Aliff Aziz
- Netizen Sarankan Ruhainies ‘Try’ Laki Emma Maembong Yang Ada Lesen Kapal Terbang
- Aliff Aziz Kantoi Curang Banyak Kali, Netizen Nasihat Bella Astillah Buat ‘Medical Check Up’
Menurut Chacha, dia dan Ruhainies tidak pernah berhubung rapat dan hubungan mereka hanyalah sekadar rakan seindustri. Tambahnya, dia hanya berada di lokasi sama ketika sesi panggilan video dibuat Ruhainies bersama Emma dan tidak masuk campur urusan mereka.
“Saya tak rapat pun dengan Ruhaines tu, tak pernah keluar makan, telefon atau WhatsApp. Saya pernah berkerja dengan dia itu pun sekali sahaja, satu drama dan bila dekat event hi hi bye bye.” ujarnya.
Tidak berdiam diri, Chacha bertindak berdepan dengan Ruhainies dengan menghubunginya bertanya mengapa namanya dipetik namun tidak semua pertanyaannya dibalas.
Chacha juga tampil memohon maaf atas segala yang berlaku tetapi tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak pernah masuk campur dalam skandal yang berlaku itu.