Pada awal Oktober lalu Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengingatkan orang ramai agar mematuhi peraturan cermin gelap, atau jika didapati bersalah boleh didenda dan dikenakan penjara.

Perkara itu menyebabkan ramai pihak kurang senang dengan ‘hukuman’ tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menyatakan tiada lagi pemilik kenderaan persendirian yang ingkar peraturan penggunaan cermin gelap dibawa ke mahkamah dan dipenjarakan — perkara itu disahkan oleh pihak JPJ dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Maksudnya tak timbul soal bahawa kalau salah guna cermin gelap itu akan dipenjarakan.

“Saya harap (ini beri) penjelasan kepada orang ramai (iaitu) tidak sampailah kerajaan mahu penjarakan orang sekiranya salah guna cermin gelap,” katanya ketika penggulungan perbahasan Belanjawan 2024 peringkat kementerian di Dewan Rakyat.

Anthony Loke menjelaskan dakwaan di media sosial seolah-olah menggambar dan mentafsirkan kenyataan JPJ bahawa pemilik kenderaan yang ingkar peraturan tersebut
akan dipenjarakan.

“Itu sebenarnya tak betul,” katanya.

Dalam pada itu, Anthony Loke menjelaskan hukuman bagi mereka yang ingkar peraturan berkenaan adalah dikenakan kompaun terlebih dahulu.

Beliau berkata, dari segi undang-undang jika mana-mana pihak tidak mengikuti dan mematuhi peraturan jalan raya, mereka akan diberi peluang untuk membayar kompaun.

“Jika mereka tak bayar (barulah) boleh (dibawa) ke mahkamah. Itu ‘general‘, hakikatnya apa dikenakan hanya kompaun,” katanya.