Baru-baru ini kita dikejutkan dengan perkhabaran pelakon cilik Puteri Balqis yang menderita sakit penyakit hati selepas kisahnya dimuatkan dalam slot Bersamamu oleh TV3.

Susulan daripada pendedahan yang dibuat di rancangan itu, kisah Puteri Balqis mendapat perhatian rakyat Malaysia dengan ramai yang bersimpati dengan keadaaan perubahan hidup dilaluinya.

Namun begitu, ketika seluruh negara seakan sayu dengan perkhabaran itu, timbul pula reaksi dari netizen yang memberi komen mengenai kisahnya dengan nama ‘Balqis”.

Menurut akaun NurliyanaHasni property yang meninggalkan komen di video Bersamamu (2020) pada 12 Januari lalu, dia berkata pernah mempunyai pengalaman di mana dia dinasihatkan supaya tidak meletakkan nama anaknya dengan nama Balqis.

Berikut adalah tangkap layar komen tersebut yang dikongsikan seorang pengguna Twitter @ibcig pada semalam.

https://twitter.com/ibcig/status/1216709024760025094

Menurut komen tersebut dia dinasihatkan berbuat demikian kerana nama Balqis dakwanya banyak terlibat dalam kes penyakit misteri seperti yang diberitahu para ustaz di pusat perubatan.

Bagaimanapun, pengguna Twitter tersebut terus menafikan perkara tersebut dengan memberikan komennya mengenai perkara itu.

https://twitter.com/ibcig/status/1216745313798483968

Tidak cukup dengan itu, seorang lagi pengguna Twitter turut memberikan pandangannya tentang isu nama yang dikatakan tidak sesuai dengan si anak.

Tidak mahu membiarkan perkara tersebut menjadi persoalan dan menimbulkan keraguan kepada pengguna media sosial terutamanya para ibu dan bapa yang ingin menamakan anak mereka dengan nama secantik Balqis, kami melihat perkara tersebut dengan lebih mendalam.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali. Dalam jawapannya kepada pertanyaan mengenai perkara itu, ini jawapan Tuan Mufti kita.

Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca kami di luar sana, kami kemudiannya ke laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pemberian nama anak ini.

Melalui Irsyad Al-Fatwa #242: Menukar Nama Kerana Nama Terlalu Berat Untuk Ditanggung berikut adalah jawapan Pejabat Mufti di penghujung artikel tersebut.

“Berpandukan hujah-hujah di atas kami berpandangan bahawa mempercayai sesuatu nama itu sebagai berat dan tidak mampu ditanggung seorang bayi adalah kepercayaan yang tidak didasari dengan bukti-bukti yang jelas, maka seeloknya bagi kaum muslimin untuk menjauhkan diri dari kepercayaan ini. Wallahu a’lam.”

Jadi kepada ibu bapa di luar sana atau mereka yang bakal bergelar ibu bapa dalam masa terdekat ini usahlah risau dengan nama yang akan diberi kepada anak anda selagi ia membawa maksud yang elok.

Yang penting adalah didikan kita terhadap anak-anak dan memberikan kasih sayang kepada mereka sepertimana yang dilakukan Encik Hardy ini kepada anaknya- sehingga puteranya mampu untuk melukis pelan bagi renovation rumah mereka seperti kami pernah tulis sebelum ini di bawah.

Persis Arkitek, Kanak-Kanak Ini Kreatif Lukis Lakaran Ubah Suai Rumah Di Usia 12 Tahun

Ini Realiti Kehidupan Puteri Balqis Terpaksa Ikat Perut 3 Hari Buat Ramai Terkejut

Ini Simptom Influenza A Yang Anda Perlu Tahu Dan Cara Untuk Mencegahnya