Rakyat Malaysia pada hari ini sedang memboikot sejumlah jenama terkemuka termasuk McDonald’s kerana didakwa menyalurkan dana kepada Israel.

Bagaimanapun, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak memboikot McDonald’s Malaysia kerana pihak pengurusan syarikat itu sudah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Wan Salim turut menasihatkan orang ramai yang mahu melakukan tindakan boikot mana-mana syarikat didakwa berkaitan dengan Israel mestilah berdasarkan bukti yang jelas dan menyakinkan, bukannya sekadar sangkaan atau andaian semata-mata.

“Perlu dijelaskan bahawa McDonald’s Malaysia tidak termasuk antara syarikat yang perlu diboikot kerana pihak pengurusannya sudah memberi penjelasan, selain itu syarikat berkenaan juga mengeluarkan zakat menerusi pejabat urus zakat di beberapa negeri.

“Dalam membela pihak yang teraniaya jangan pula sampai menganiaya pihak yang lain, jadi sebagai umat Islam kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam. Ini kerana nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Malah, sebelum ini sebahagian ilmuwan agama juga sudah berkongsi bahawa anda dibolehkan berkerja dengan syarikat berkait Israel ia satu-satunya sumber pendapatan berdasarkan hukum darurat.

Sumber