“TUHU” merujuk kepada Tuhu Car Care, yang merupakan salah satu rangkaian perkhidmatan selepas jualan (aftermarket service) kenderaan terbesar dan peneraju di China.
Menerusi perkongsian Car Buddie Malaysia, difahamkan rangkaian servis kereta terbesar dari China, TUHU, telah tiba di Malaysia dengan pembukaan dua buah cawangan pertamanya.
Disokong oleh syarikat gergasi teknologi, Tencent, TUHU terkenal dengan rangkaian perkhidmatan kereta yang komprehensif dan berkualiti. Difahamkan mereka mempunyai lebih 7,000 outlet di serata China.

TUHU menyediakan rangkaian perkhidmatan automotif yang lengkap, termasuk perkhidmatan penyelenggaraan rutin, servis tayar, pembaikan kenderaan, pemasangan filem dan Paint Protection Film (PPF), serta perkhidmatan cuci kereta.
Ringkasnya, TUHU berfungsi sebagai pusat sehenti (one-stop centre) untuk hampir semua keperluan penjagaan dan pembaikan kereta.
Ciri penting yang menyumbang kepada pertumbuhan pesat TUHU di China adalah melalui aplikasi mudah alih mereka, pengguna boleh menjejaki kemajuan servis kereta mereka dan melihat anggaran harga perkhidmatan melalui aplikasi TUHU tersebut.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, pihak TUHU sedia menawarkan sejumlah barang seperti minyak hitam, tayar dengan harga yang cukup murah dan menariknya mempunyai waranti selama 6 tahun.

Rupanya sudah terdapat dua lokasi bengkel yang sudah beroperasi iaitu di Bandar Sunway, Petaling Jaya dan Bandar Rimbayu, Selangor.
Kehadiran gergasi one stop centre dari negara tembok besar China telah mengundang reaksi yang berbelah di kalangan pengguna tempatan sendiri.
Sementara ada yang selesa dengan kehadiran TUHU kerana bakal menjadikan persaingan yang sihat di dalam pasaran susulan penawaran harga yang jauh lebih murah berbanding yang sedia di samping menjadi alternatif buat yang kurang berkemampuan.
“Tolonglah (TUHU) datang secepat mungkin, kami sudah terlalu lama ditipu (atau: dicekik harga) oleh penyedia perkhidmatan tempatan, terutamanya mereka yang anda tahu siapa.”
“Bgus la..Byk workshop ketukkk..”
“Inilah namanya persaingan sihat.. Macam mana mereka boleh buat? Kenapa tidak kita?,” demikian komentar yang menyokong.
Bagaimanapun, sebahagian lain percaya gergasi besar ini sebenarnya bakal memberi implikasi besar terhadap pemilik bengkel tempatan untuk kekal relevan.
Selain itu, ada yang meragui akan barangan yang ditawarkan kerana negara itu cukup terkenal dengan barang tiruan sekaligus ia boleh ditawarkan pada harga yang murah.
“Kalau murah sangat, takut banyak bengkel kereta local tutup ja sebab tak mampu bersaing.”
“Berita baik utk pengguna Berita maut utk SME.”
“Saya tidak suka akan hal ini. Saya lebih suka bengkel kecil tempatan kekal dalam perniagaan dan tidak musnah,” kata sebilangan pengguna lain.
Netizen juga berpendapat dalam jangka masa panjang bisnes warga tempatan boleh ‘bungkus’ susulan tidak mampu bersaing dengan harga penawaran pesaing besar itu.