Sebelum ini, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri mengatakan tahun ini dia tiada lagu raya selepas Amy Ukays menolak untuk membuatkannya lagu raya.
Terbaharu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Aliff dimana dipercayai ianya sedutan dari rakaman video muzik lagu rayanya untuk tahun 2024.
Baca Juga:
- Aliff Syukri Minta Maaf Kerana Tiada Lagu Raya Tahun Ini Yang Dicuri Komposer
- ‘Saya Ni Artis Kegemaran Komposer’ – Reaksi Aliff Syukri Selepas Amy Ukays Tolak Buatkan Lagu
- ‘Saya Tak Nak Buatkan Lagu Raya, Selamat Tinggal Aliff Syukri’ – Amy Ukays
Baru nak beraya dengan aman tahun ni. Sekali Aliff Syukri ni keluar lagu baru.
Haritu kemain kata tahun ni takde lagu raya. pic.twitter.com/cOFzLLhmyO
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) March 28, 2024
Apa yang mencuri perhatian adalah aksi Aliff di dalam tab mandi bersama beberapa penari latar yang berperwartakan lembut.
Video terbabit telah menjadi bualan ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen mengatakan Aliff sengaja mencetuskan kontroversi dengan menghasilkan video muzik seperti itu.
Are you guys ready???
🤣🤣🤣🤣🤣🤣
Sesungguhnya aku sedang berpuasa..
😌😌😌😌😌😌 pic.twitter.com/BZUQcR8UZd— En Raed Syah (@akuseorgplhiv) March 28, 2024
Hidup berpaksikan publisiti tak boleh jgk, agak2 lah nk buat lagu raya sampai menghina agama. gilerr ekk bru lepas sahur ni murung tgk video bebal mcmni https://t.co/x3gRUZmqpQ
— amin 🇲🇾 (@nuraminzakaria) March 28, 2024
Aliff syukri ni dia punya mental health okey ke tidok ni ? Ni macam mempersendakan raya pon ada https://t.co/51n5sbJ5Wr
— 🔻アブドラ兄弟 🇵🇸 (@faris_ikhwan98) March 28, 2024
Bukan itu sahaja, para netizen turut beranggapan bahawa Aliff tidak menghormati bulan puasa. Malah, ada juga yang sebenarnya baru mahu berasa lega tiada lagu raya dari Aliff tetapi sebaliknya terjadi.
Sekadar info, Aliff sebelum ini tampil mengeluarkan beberapa lagu sempena Aidilfitri seperti Kelempok Raya, Lala Raya dan Chuk Ku Chuk Raya.