Setiap kali pada bulan Ramadan, pasti ada sahaja isu melibatkan pembesar suara atau speaker yang dipasang terlalu kuat sehingga didakwa menggangu mereka yang berada di kawasan setempat. Tahun ini isu ini sekali lagi berulang dalam negara.

Bertempat di Sungai Chua, isu ini bermula apabila terdapat seorang lelaki tampil ke surau di bawah sebuah flat serta memesan kepada para jemaah untuk mengubah speaker agar tidak menghala ke rumah beliau gara-gara bunyi yang terlalu kuat.

@sharulazlan92

Mengamuk halang Solat Terawih #mengamuk #solatterawih

♬ original sound – Sharul Azlan – sharulazlan92

“Itu speaker, you kasi tukar tempat. Jangan hala speaker itu ke rumah saya di belakang. Speaker dalam surau, saya tak ada masalah. You sembahyang sini, saya tak ada masalah,” katanya dalam video tersebut.

Lebih mengeruhkan keadaan, lelaki itu didapati gagal untuk menenangkan diri sekaligus telah menimbulkan pertengkaran antara penduduk setempat.

Sementara itu, menerusi ruangan komen terdapat netizen yang bersetuju pembesar suara tersebut sememangnya kuat serta mempunyai bunyi yang ‘tajam’.

Tidak kurang juga yang menyarankan agar pembesar suara tersebut diperlahankan bunyinya agar dapat didengari untuk para jemaah sahaja.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang kurang bersetuju dengan masalah yang dilontarkan lelaki dalam video ini.

Sumber: Tiktok @alanshah88
Sumber: Tiktok @alanshah88
Sumber: Tiktok @alanshah88

Menerusi ruang komen, terdapat netizen yang memaklumkan kes ini telah mendapat perhatian pihak polis di mana polis telah tampil di tempat kejadian untuk bertemu lelaki tersebut.