Walaupun bulan Ramadan baru bermula, orang ramai sudah membanjiri pusat beli-belah untuk membeli kelengkapan Hari Raya.
KL East Mall menjadi salah satu lokasi pusat beli-belah yang menjadi tumpuan warga Lembah Klang pada masa ini.
Menerusi perkongsian penduduk setempat, kini kawasan sekitar pusat beli-belah itu luar biasa sesak daripada kebiasaannya. Lebih-lebih lagi pada hari minggu.
Bagi menampung kehadiran, serta keselesaan para pengunjung, KL East Mall telah menyediakan surau tambahan untuk kemudahan solat fardu & tarawih.
Surau tambahan itu terletak di Aras LG (berdekatan Jaya Grocer / The Coffee Bean & Tea Leaf), bagi menampung tambahan kapasiti surau sedia ada yang berada di Aras G2 (berdekatan Harvey Norman / Telekung Tea).
Pada masa sama KL East Mall turut menganjurkan solat tarawih berjemaah setiap Sabtu & Ahad sepanjang Ramadan ini.
@rusydi.official Solat terawih dalam shopping mall? Patutlah raya kali ni ramai ke KL EAST MALL, bukan baju raya je banyak, rupanya dah ada surau boleh solat terawih sekali! Jom ke KL EAST MALL! #kleastmall #shoppingraya #terawihdimall #reviewsurau raya2026@KL EAST MALL
♬ original sound – Rusydi Rosli | reviewsurau – Rusydi Rosli | reviewsurau
Menerusi hantaran TikTok @rusydi.official, pusat beli-belah yang terletak bersebelahan Jalan Lingkaran Tengah 2 itu telah melanjutkan masa operasinya sehingga 12 tengah pagi, termasuklah kedai-kedai F&B (food & beverages).
Waktu operasi itu dilanjutkan sehingga 20 Mac nanti.
Netizen memberikan pujian kepada pihak pengurusan KL East Mall kerana memudahkan para pengunjung bukan sahaja membeli-belah di situ, pada masa sama mengimarahkan ibadah solat Terawih pada bulan Ramadan ini dengan menyediakan ruang solat yang menyelesakan.