Sudah menjadi kebiasaan sama ada bagi komuniti motosikal untuk mengadakan konvoi bergerak bersama-sama sambil menikmati hidangan di sesebuah tempat.

Tujuan aktiviti ini dijalankan sudah tentunya untuk merapatkan silaturahim sambil bertukar pendapat mengenai model atau motosikal yang digunakan.

Baca Juga:

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini menerusi perkongsian Facebook Zahedy Zakaria apabila seorang penunggang motosikal memilih untuk parkir motosikal beliau di kaki lima kedai di Muar, Johor.

@majoritiofficial

Kalau parking motor tu dekat tempat sepatutnya mesti tak jadi isu kan. hmm.. tak baik bang doakan dekat orang macam tu.. Baca artikel penuh dalam link #muar #johor #rider #biker #doa #konvoi #bankrap #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Hal ini telah membuatkan tuan kedai memaklumkan kepada penunggang ini untuk mengalihkan motosikal beliau.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila penunggang motosikal ini seolah berang apabila diminta alihkan motosikal malah turut mahu menumbuk tuan kedai kerana tidak puas hati dengan arahan tuan kedai.

“Bila minta alihkan motor dia nak berang dan nak tumbuk orang pula, tak puas hati, cari pasal, tak takut dengan polis minta dan panggil polis datang.

“Nak tularkan kedai siap ambil video kedai, nombor plat kereta, inilah sikap segelintir penunggang motor berkuasa tinggi,” katanya dalam hantaran berkenaan pada Ahad.

Turut mendoakan pemilik kedai bankrap

Selepas berlaku pertikaian selepas diminta alihkan motosikal, penunggang motosikal ini turut mengalihkan motosikal beliau namun sebelum itu turut sempat mendoakan agar pemilik kedai bankrap dalam bisnesnya.

Insiden yang berlaku turut menjemput pihak polis hadir ke kawasan tersebut selepas menerima aduan isu mengalihkan motosikal di tempat tersebut.

Difahamkan penunggang motosikal ini seolah memerli peniaga malah sedia menerima saman daripada pihak polis gara-gara berkeras tidak mahu mengalihkan motosikal di kaki lima gerai.

Situasi yang berlaku turut mendapat perhatian para netizen yang berang dengan sikap penunggang motosikal tersebut. Malah, terdapat netizen yang memaklumkan mahu support kedai ini agar dapat terus berniaga.

Sumber: TikTok Majoriti
Sumber: TikTok Majoriti

Difahamkan kedai ini bertempat di Muar, Johor serta popular dalam menyajikan sate pada waktu pagi.

Sumber