Seorang pekerja berang dengan majikannya yang gagal membayar gaji dan dia telah bertindak dengan melanggar kereta Ferrari milik majikan dengan sebuah trak kontena.

Foto di atas diedarkan secara meluas di pelbagai platform media sosial minggu ini. Kelihatan sebuah trak besar diletakkan dengan ‘santai’ di atas Ferrari GT4Lusso. Kejadian ini berlaku di Chicago, Amerika Syarikat.

Dilaporkan, salah seorang dari pekerja iaitu pemandu trak kontena tersebut mengatakan bahawa pemilik Ferrari enggan membayar gajinya.

Disebabkan marah dan kesal kerana haknya tidak dipenuhi, pemandu trak itu bertindak meletakkan lori kontenanya di atas kereta kegemaran milik majikannya.

2020.5.7-Truck-Crushed-Ferrari

Sementara sumber lain mengatakan bahawa pemandu trak itu marah setelah apa yang dijanjikan oleh pemilik syarikat kepadanya tidak ditunaikan.

Pemandu trak itu telah diminta untuk mengirim barang ke suatu daerah, dia dilaporkan telah dijanjikan dengan bayaran dan pembiayaan perjalanan. Tetapi setelah pulang dari menghantar barang, pemandu trak tersebut tidak mendapat apa yang dijanjikan.

Pemandu lori itu, yang tidak disebutkan namanya, telah bertanya kepada rakannya mengenai Ferrari GTC4Lusso yang diletakkan di satu sudut jalan. Setelah mengetahui bahawa itu adalah kenderaan milik majikannya, dia segera melakukan tindakan tersebut.

Untuk bacaan lanjut mengenai laporan berita lain, klik pautan di bawah.

Majikan Di Jepun Tumbuk Pekerja Yang Langgar Perintah Darurat

Peguam Ini Jelaskan Majikan Wajib Bayar Gaji Penuh Untuk Bulan Mac

Lelaki Ini Nekad Jalan Kaki Balik Kelantan Selepas Dihalau Majikan Dan Sebulan Tidak Bekerja