Seorang Ahli Parlimen berang dengan sikap Perdana Menteri Thailand yang ‘dayus’ kerana mengabaikan tuntutan penunjuk perasaan yang mahukan pembaharuan telah bertindak menggelar tangannya sendiri sebagai tanda solidariti kepada rakyat Thailand.

Ahli politik pembangkang, Wisarn Techatheerawat pada mulanya memberi ucapan pembukaan pada sidang parlimen sebelum menggelarkan tangannya menggunakan pisau dapur sepanjang enam inci.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Tindakan beliau ini dilihat sebagai tindak balas kepada pihak kerajaan yang mengabaikan tuntutan penunjuk perasaan yang kebanyakannya dipimpin oleh anak muda di Thailand.

Selepas menggelarkan tangannya, dia kelihatan jatuh di kerusi sebelum beberapa anggota parlimen yang lain datang memberi bantuan untuk menghentikan pendarahan.

“[Saya] tidak dapat memikirkan jalan keluar untuk masalah ini, saya tidak mahu anak-anak berdarah, [saya] lakukan ini untuk menunjukkan tekad saya kepada Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha,” katanya.

Sebelum menggelarkan tangannya, ahli parlimen pembangkang tersebut sempat bertanyakan kepada Perdana Menteri Thailand adakah dia ingin menjadi seorang yang zalim atau dianggap sebagai seorang pahlawan.

Kekecohan ini berlaku setelah parti pembangkang terbesar di Thailand menuntut agar Perdana Menteri mengundurkan diri ketika sesi khas parlimen yang dipanggil oleh bekas pemimpin junta bagi membincangkan protes dari rakyat Thailand yang telah berlangsung berbulan-bulan lamanya.

Pemimpin parti pembangkang Pheu Thai Sompong Amornvivat berkata, “Perdana menteri adalah halangan dan beban terbesar bagi negara ini. Tolong letak jawatan dan semuanya akan berakhir dengan baik.”

Perhimpunan secara besar-besaran dari rakyat Thailand yang turut menuntut agar kuasa raja Thailand dikurangkan semakin meningkat bulan ini dan dianggap tidak pernah terjadi sebelum ini.

Ribuan aktivis turut berarak ke Kedutaan Jerman di Bangkok, Thailand, di mana mereka meminta siasatan lanjut dijalankan ke atas raja Thailand yang dilaporkan berada di Jerman untuk menjalankan urusan pemerintahan dan politik dari tanah asing.

Untuk rekod, protes anti-pemerintah Thailand bermula dengan sekumpulan aktivis mahasiswa kecil tetapi telah berkembang menjadi gerakan besar yang menyeru kepada reformasi, perubahan perlembagaan, peletakan jawatan perdana menteri dan pengurangan kuasa keluarga diraja.

Terdahulu, seorang ahli politik di Thailand telah mencatat rekod sendiri apabila memiliki 120 isteri. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kahwin Di Setiap Tempat Yang Dilewati, Ahli Politik Thailand Catat Rekod Miliki 120 Isteri

Thailand Dijangka Hanya Akan Buka Pintu Sempadan Pada 2021

Pengutip Sampah Thailand Ini Terkejut Kutip Batu ‘Rare’ Bernilai RM2.9 Juta