Sebelum ini, muncul dakwaan seorang pemandu bas wanita sempat bermadu kasih dengan seorang lelaki yang dipercayai juga staf perkhidmatan bas tersebut berdasarkan baju yang dipakainya.

Dalam satu laporan, penumpang lain telah menjernihkan keadaan dengan menceritakan hal sebenar dimana ia hanyalah satu fitnah dan difahamkan, pemandu bas itu dipercayai telah dipecat oleh pihak syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, pemilik video yang membuat tuduhan telah meminta maaf kerana menyebarkan perkara tidak benar. Terbaharu, pemandu bas wanita yang difitnah itu mengatakan telah membuat laporan polis atas fitnah yang dilemparkan.

@meandmyself1122

Bertaubat lah iffah. Dengan Allah mudah awak nak mintak ampun. Sbb Allah mmg maha pengampun. Tp dengan manusia? Macam mana? Awak delete akaun pon xguna. Fitnah2 awak ni siapa yg nak tanggung? Anak yg dah terdehaka dengan ayah sendiri punca posting awak ni siapa nak tanggung? Now is zaman teknologi. Polis boleh je detect information peribadi awak. ☺️

♬ Fitnah – Ical Mosh

Menerusi perkongsian di TikTok, Iera Saila yang merupakan mangsa fitnah mengatakan bahawa tindakan pemfitnah itu juga telah memburukkan namanya, rakan sekerja dan syarikat bas ekpres terbabit.

“Berat sangat fitnah awak tu. Sanggupkah awak nak merangkak nanti mencari balik siapa yang awak fitnah tu? Jari awak terlampau ringan menaip fitnah tu. Tanpa berfikir panjang. Lepas tu awak padam akaun.

“Tinggalkan je fitnah tu terbiar semakin merebak. Selagi awak tak muncul bersihkan semua ni, selagi tu kes tak selesai.

“Minta maaf juga kepada perakam. Kita terpaksa jalankan tindakan ini. Cuma budi bicara untuk awak mungkin akan dipertimbangkan sebab sudah mengaku kesalahan. Harap yang lain boleh berhenti mengecam si perakam.” tulis Iera.

Tambahnya, meskipun individu terbabit sudah pun membuat permohonan maaf tetapi laporan polis tetap diteruskan untuk membersihkan nama mereka yang terlibat.