Di China seorang remaja merajuk dan lari rumah selama 10 tahun, lalu tinggal di kafe siber untuk meneruskan kehidupannya.
Remaja bernama Xiao Yun itu bertengkar dengan ibunya, kerana dia ketagih dengan permainan video.
Dia kemudian melarikan diri pada 2005. Sejak itu, keluarganya gagal mengesannya. Remaja itu langsung tidak meninggalkan sebarang nota.
Selepas bertahun tahun mencarinya, keluarganya berputus asa dan merasakan bahawa anak mereka itu sudah berada di tempat yang jauh.
Keluarganya juga mulai menerima bahawa anak mereka mungkin sudah meninggal dunia.
Namun, apa yang keluarga dia tak tahu, Xiao Yun sebenarnya tidak pernah meninggalkan bandar tempat mereka tinggal.
Selama 10 tahun, dia menetap di beberapa buah kafe siber, hidup dengan bekerja sambilan dan bermain game kegemarannya – CrossFire, sejenis permainan tembak-menembak dalam talian yang popular di China.
Dia turut memberikan tunju ajar pemain pemain CrossFire yang lain yang memerlukan tips daripadanya. Memandangkan dia pemain yang hebat, dia diberikan tips oleh mereka yang belajar daripadanya.
Untuk makanan, dia bergantung pada sumbangan makanan percuma dan kadang-kadang bantuan kecil dari orang sekeliling. Dia mandi di rumah mandian awam, dan tidur di kafe tempat dia bekerja.
Sepanjang 10 tahun itu, tiada siapa yang benar-benar jaga atau menajanya — semuanya dilakukan sendiri, dari segi makan, tempat tidur hingga keselamatan.
Ditemui Secara Tak Sengaja
Segalanya terbongkar pada tahun 2015 apabila pihak polis melakukan pemeriksaan rutin di sebuah kafe siber. Xiao Yun dilaporkan telah menunjukkan kad pengenalan palsu ataupun milik orang lain.
Lalu mereka membawanya ke balai untuk siasatan lanjut. Di situlah mereka dapati remaja ini sebenarnya ialah Xiao Yun, yang telah dilaporkan hilang sedekad lalu. Bayangkan perasaan ibu bapanya ketika mendapat tahu anak mereka yang selama ini disangka sudah mati, rupa-rupanya hanya berada beberapa kilometer dari rumah.
Xiao Yun telah dibawa pulang ke rumah oleh keluarganya dan mula menyesuaikan diri semula dengan kehidupan biasa.
@unique.planet This woman spent 10 years in an internet cafe 🛜💻 #internet #internetcafe #china #interesting #missing