Terdahulu, pelakon Lana Nordin mendedahkan bahawa dirinya telah melakukan penbedahan kosmetik pada bahagian hidung di Seoul, Korea Selatan.

Terbaharu, Lana Nordin dalam satu laporan mengakui bahawa dirinya berasa puas hati dan gembira meskipun berhabis duit sebanyak RM166,000 untuk menjalani pembedahan kosmetik tersebut.

Baca Juga:

Menurutnya, pembedahan kosmetik yang dilakukan bukanlah bertujuan suka-suka sebaliknya disebabkan oleh masalah kesihatan iaitu prosedur rhinoplasty dimana memasukkan plastik secara berkala di hidungnya selepas batang hidungnya patah ketika di bangku sekolah.

“Saya akui sudah banyak kali buat pembedahan. Rasanya, semua sudah tahu, mula-mula saya menjalani pembedahan kosmetik beberapa tahun lalu kerana nak betulkan semula hidung yang senget akibat kemalangan motosikal di bangku sekolah.

“Kalau dikira, sudah lima kali saya lalui proses ini. Apa yang boleh saya kongsikan, dulu, teknologi tidak sama macam sekarang. Tempoh hari, saya ke Seoul, Korea Selatan untuk buat pembedahan hidung tetapi dengan menggunakan tulang rusuk pula.

“Berhabis sebanyak RM166,000, saya berpuas hati dengan hasil pembedahan. Tak rasa sakit langsung! Mungkin sebab teknologi pun sudah berevolusi. Saya harap itulah kali terakhir perlu jalani pembedahan,” ujar Lana.

Susulan itu, dia tidak akan memandang serong mana-mana orang yang melakukan pembedahan kosmetik kerana merasakan mereka mempunyai alasan yang tersendiri.

Tambahnya, dia juga tidak kisah dengan tohmahan dan kecaman netizen apabila dia secara terbuka berkongsi mengenai perkara itu kerana merasakan mulut orang itu tidak boleh ditutup dan pasti ada yang akan tetap mengata dan mengutuk dirinya.