Lana Nordin tidak berpuas hati dengan seorang pegawai penguatkuasa yang menurutnya pilih kasih.

Lana Nordin menjelaskan keretanya telah dikunci oleh pegawai tersebut kerana parkir di tempat yang bukan dikhaskan untuk parkir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lana menggunakan Instagrammnya memviralkan perkara tersebut. Dan menuntut keadilan sambil menuduh pegawai yang sebangsa dengannya itu pilih kasih dalam menjalankan tugasnya.

Lana Nordin menulis: “Tengahari tadi aku pergi bank untuk bank in duit cash yang banyak dan aku seorang diri,kawasan Maybank Melawati ni memang sangat sangat susah untuk parking.

“Dan aku punya cash banyak untuk di-bank in dan aku dah pusing dekat beberapa kali susah dapat parking.

“Jadi aku pun parking di tempat sebelah bank yang aku rasa tidak menganggu atau menghalang mana-mana jalan yang menyebabkan kesesakan dari aku kena parking jauh bawa duit cash banyak sorang diri.

“Apabila aku keluar bank masa tu belum kena saman lagi. Dan aku explain everything why aku park situ dan dengan muka sombong berlagak dia kata ‘by right 1 minit pun kena clamp!’

“Ni video yang aku cakap pihak berkuasa sama ada berat sebelah atau tak menjalankan tugas dengan betul?

“Kalau aku parking memang meyebabkan keseksakan jalan sampai kereta tak boleh keluar ke atau blok jalan ke aku faham.

“Yang aku tak faham tak sampai 5 mins aku park untuk ke bank masukkan duit kau beriya jalankan tugas yang KONONNYA buat KERJA!!

“SOALAN AKU, APASAL KAU X SAMAN ATAU CLAMP JUGAK VAN JNT KE atau org yang park sama tempat dengan aku?

“Apa Alasan kau? Yang ada dalam keta sekalipun apa beza aku yang park kat situ yang tak sampai 5 minit kau beriya clamp?

“Explain kat aku? Yang duduk dalam kereta ke berjam-jam lagi lama dari aku yang park tak sampai 5 minit kau clamp bagai, so apa Alasan atau asbab munasabah engkau sebagai penguat kuasa S**** Binti J***?

“Kau ingat kau pakai uniform aku perlu berbudi bicara dengan kau ke sedangkan kau jalankan tugas pun tak betul pilih kasih!

“So kau ingat aku boleh diam? So macam ni ke pihak MPAJ jalankan tugas? Aku siap tanya apasal lori JNT kau tak clamp macam kau clamp kereta aku?

“Kau ingat kau pakai uniform kami ni tak ada hak nak berbunyi ke?

“Kalau nak jalankan tugas jalankan dengan betul dan adil. Ada orang atau tidak dalam kereta tu, dah lebih 10 minit dia park situ?

“Apabila aku tanya kau buat bodoh sahaja buat-buat tak dengar apa aku cakap kau memang manusia sangat sangat biadap ketika menjalankan tugas!

No wonder ramai yang tak respect penguatkuasa macam ni!

“Lagi-lagu engkau tu perempuan apa kau pakai uniform tu kau dah cukup sombong bongkak la dengan muka cam taik kau!

“Ni ke cara penguatkuasa lagi-lagi kau sbangsa dengan aku! Buat malu je la. Tak payahlah pakai uniform kalau kau jenis pilih-pilih bulu. Siapa kau nak saman siapa tak!

Lana Nordin mengakhiri coretannya dengan tanda pagar #justice atau keadilan.

Rata rata kurang setuju Lana Nordin walaupun ada yang menyokongnya.. Kerana menurut mereka, sama ada dia parkir di tempat yang menghalang lalulintas atau tidak, dia tetap melakukan kesalahan parkir di tempat yang dilarang.

Seorang lagi berkata, mereka faham Lana Nordin takut untuk berjalan kaki jauh membawa duit cash yang banyak. Dan biasanya mereka yang selalu membuat urusan memasukkan duit tunai di bank, akan membawa pembantu bersama mereka.

Yang lain pula menyatakan, mereka tiada masalah untuk membayar sahaja clamp itu asalkan duit tunai yang banyak di tangan itu selamat. Kerana Lana Nordin lebih yakin untuk parkir di depan bank berbanding parkir di tempat yang jauh.

Mereka juga kecewa dengan tindakan lana yang menularkan nama penguatkuasa tersebut kerana ianya akan mendedahkan penguatkuasa itu kepada risiko lain. Sedangkan dia cuma melakukan tugasnya.

Ada juga yang berkata: “Buat tugas salah, tak menjalankan tugas pun salah.”

Kemudian ada yang menyindir Lana Nordin: “Berapa kali dok ulang cakap bawak banyak duit, bayar je la.”