Tun Dr Mahathir iaitu tokoh negarawan Malaysia sering kali mendapatkan rawatan di Institusi Jantung Negara termasuklah seperti yang dilaporkan baru-baru ini sewaktu acara kayuhan yang diadakan Tasik Putrajaya.

Susulan itu, pasti ramai tertanya-tanya bagaimana rupa bilik wad yang biasa digunakan oleh tokoh hebat terbabit sewaktu mendapat rawatan di sana dan percaya pasti mendapat layanan istimewa memandangkan menjadi individu penting di Malaysia.

Nampaknya sudah termakbul hasrat orang ramai apabila seorang wanita berkongsi rupa sebenar bilik wad yang biasa digunakan oleh Tun Mahathir jika mendapatkan rawatan di IJN.

Menerusi video itu, keadaan bilik wad itu tampak eksklusif malahan cukup luas untuk menerima kunjungan pelawat yang ramai.

bilik wad
Sumber Gambar: TikTok Zatty Sahar

Di bilik wad itu juga dilengkapi fasiliti penghawa dingin serta air purifier yang menjadikan ia lebih nyaman untuk diinap dalam tempoh yang lama.

Terdapat sebuah televisyen yang disediakan bagi membolehkan pesakit untuk menonton rancangan atau media yang dimahukan sewaktu berehat di bilik wad eksklusif itu.

Berharga RM900 Satu Malam, Ini Bilik Wad Tun Dr Mahathir Di IJN
Sumber Gambar: TikTok Zatty Sahar

Berdasarkan pemerhatian kami, bilik ini boleh memuatkan lebih daripada 10 orang orang dalam satu-satu masa kerana ruangan yang luas dan wujud tempat menunggu yang diletakkan sedikit jauh dari katil pesakit.

Dengan ini, pesakit boleh berehat dengan aman walaupun terdapat kunjungan dalam berskala besar apatah lagi bila Tun M sendiri mempunyai hubungan dengan sejumlah orang dan organisasi ternama yang pasti akan datang dalam rombongan sewaktu lawatan mereka.

Berharga RM900 Satu Malam, Ini Bilik Wad Tun Dr Mahathir Di IJN
Sumber Gambar: TikTok Zatty Sahar

Selain itu, kelihatan tempat sinki dan ruangan storan yang membolehkan pesakit menyimpan ubat-ubatan atau mungkin peralatan kesihatan dan juga makanan khas dengan mudah.

Kehadiran rak buku boleh memberi peluang kepada ulat buku seperti Tun M untuk menyimpan buku bacaan dengan mudah dan teratur.

bilik wad
Sumber Gambar: TikTok Zatty Sahar

Dekorasi bilik secara keseluruhannya adalah cantik dan menarik sekaligus diletakkan dengan harga menginap  mencecah RM900 bagi satu malam.

@zattysahar

Sempena 100 tahun Umur Tun Dr Mahathir kesayangan kita semua. Tak dapat jumpa Tun M, dapat melawat tempat beliau dirawat pun dah happy. #IJN salah satu hospital yang diwujudkan dibawah pemerintahan Tun M untuk bantu dan memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan rawatan berkaitan jantung @ kardiology 🫀 Syukur juga, untuk pencarum #medikalkad #GreatEasternTakaful kita diberi banyak manfaat. Salah satunya 10% diskaun untuk room & board. #InstitutJantungNegara #AgentTakaful #AgentTakafulGreatEasternTakaful #PerundingTakaful #GreatEasternTakaful #GreatTiTan #TunM #tundrmahathir

♬ suara asli – Kha Sammy Jr. – Kha Sammy Jr.

Dapat dipastikan lagi kebenaran ini adalah bilik yang diduduki oleh Tun Mahathir selama ini susulan terdapat sejumlah gambar beliau bersama pemimpin lain dengan berlatar belakangkan dekorasi yang serupa seperti di dalam video ini.

Perkongsian wanita itu telah meraih perhatian ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa kagum melihat fasiliti bilik wad yang serba mewah dan kondusif buat tokoh negarawan yang telah menumpahkan jasa sejak sekian lama.

Ramai percaya inilah layanan yang selayaknya diterima oleh Tun M  yang bukan sahaja telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam membangunkan ke Malaysia ke tahap membanggakan pada hari ini malahan penubuhan IJN mempunyai kaitan rapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mana dibina bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan rawatan berkaitan jantung dan kardiologi.