Sebelum ini, Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditangkap khalwat. Susulan itu, isteri Aliff iaitu Bella Astillah telah memfailkan penceraian di mahkamah.

Menerusi satu laporan, Fatiya Latiff tampil memberikan pendapatnya tentang isu itu dimana dia menegaskan cinta lokasi adalah normal buat para pelakon yang terlalu mendalami watak.

Baca Juga:

“Saya nak buka cerita sikit pasal Bella Astillah, Ruhainies dan Aliff Aziz. Benda ni normal dalam industri hiburan sebab mereka terlampau menghayati watak.

“Apabila termasuk dalam watak yang digalas, itu yang akan membuatkan mereka jatuh cinta namun perasaan itu berlaku tanpa sengaja atau tiada niat.” ujarnya.

Tambahnya, dia berharap netizen berhenti mengecam Ruhainies yang ditangkap khalwat dengan Aliff. Walau bagaimanapun, dia tidak menyokong perbuatan menjalin hubungan sulit di set penggambaran tetapi hanya ingin berkongsi kisah benar.

Bukan itu sahaja, dia turut memberi contoh situasi di mana dia pernah terjebak dengan cinta lokasi suatu ketika dahulu.