Pada Sabtu lalu, Aliff Aziz dan Ruhainies telah dicekup berkhalwat oleh jabatan agama Islam. Susulan itu, isteri kepada Aliff, Bella Astillah telah menfailkan penceraian.
Selepas lama mengunci mulut, akhirnya Ruhainies tampil menceritakan kejadian sebenar yang berlaku pada hari tersebut dalam satu hantarannya di Instagram.
Baca Juga:
- 30 Minit Sahaja, Tak Lama Pun, Kata Ruhainies
- Ruhainies ‘Up’ Video Aliff Aziz Nyanyikan Lagu Hakikat Sebuah Cinta
- Bukan Tangkap Basah Kata Ruhainies
Menerusi hantaran tersebut, Ruhainies memberitahu tujuan Aliff Aziz ke rumahnya adalah untuk makan malam bersama keluarganya tetapi Risteena tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
“Risteena maklumkan kepada saya, dia dalam perjalanan ke rumah saya, namun, tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Jadi, saya buat keputusan untuk naik ke rumah dan letakkan barang keperluan shooting saya.
“Kemudian, saya dan Aliff sempat berborak sementara menunggu dan tidak lama kemudian, pintu rumah saya diketuk.
“Saya ingatkan, itu kakak saya sebab dia cakap, dia dah nak sampai. Tapi, apabila mendengar suara lelaki, semestinya saya takut untuk membuka pintu atas faktor keselamatan.” tulis Ruhainies.
Setibanya Risteena di rumah tersebut, dia mendapati terdapat beberapa individu di situ termasuk pihak JAWI, polis, media dan isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.
Tambahnya, dia mengakui kekhilafannya yang boleh menimbulkan fitnah orang ramai dan memohon maaf atas kelewatannya memberi kenyataan berhubung isu tersebut kerana komitmen kerja.