Global Sumud Flotilla (GSF) adalah sebuah misi kemanusiaan maritim yang dianjurkan oleh aktivis dari pelbagai negara dengan tujuan utama memecahkan sekatan laut Isr*l dan menghantar bantuan makanan serta ubat-ubatan terus kepada penduduk di Gaza, Palestin.
Aktivis iklim terkemuka Sweden, Greta Thunberg, merupakan salah seorang peserta penting dalam misi ini.
Walaupun dihujat dengan dahsyat oleh kerajaan negara haram itu, menerusi video terbaru yang dimuat naik oleh seorang pro media di sana memperlihatkan bagaimana layanan yang diberikan oleh tentera laut IDF terhadap Greta Thunberg adalah baik sekali.
Kelihatan wakil tentera itu memberikan air serta jaket tanpa berbuat kekasaran kepadanya. Malah, tukang memuat naik video itu dengan bangganya mengatakan askar IDF itu menunjukkan kasih sayang kepada Greta Thunberg.
Secara umumnya, dalam konteks misi kemanusiaan yang terbaharu, seperti penyertaannya dalam konvoi bantuan ke Gaza, perhatian dan liputan meluas yang diterimanya boleh ditafsirkan sebagai “layanan istimewa” oleh sesetengah pihak.
Dalam pada itu, tampak seperti negara haram itu takut untuk berbuat apa-apa kepada remaja berkenaan. Apa sebabnya?
1. Status ikon global
Greta Thunberg bukan sekadar aktivis biasa, beliau adalah ikon global yang terkenal. Kehadiran beliau dalam apa jua misi, sama ada isu iklim atau kemanusiaan lain, secara automatik akan menarik liputan media antarabangsa yang besar.
Penganjur misi kemanusiaan tahu bahawa kehadiran beliau akan meningkatkan kesedaran awam (dan tekanan antarabangsa) terhadap isu tersebut
Ini bukan layanan istimewa untuk keselesaan peribadinya, tetapi untuk menguatkan impak dan keselamatan misi itu sendiri.
Malah, apabila beliau ditahan atau dihalang oleh pihak berkuasa, berita itu menjadi perhatian dunia.
Ini memaksa kerajaan dan organisasi antarabangsa untuk memberi perhatian segera dan mungkin bertindak lebih cepat untuk memastikan pembebasan dan keselamatannya berbanding aktivis yang tidak mempunyai profil awam setinggi beliau.
2. Menggugat strategi “brand Israel” di kalangan gen Z
Isr*l telah melabur besar dalam strategi “Brand Israel” untuk menampilkan imej moden, liberal, dan berteknologi tinggi, berperikmanusiaan kepada dunia.
Jika cuba menganaiya ikon anak muda itu, pasti ia bakal memusnahkan naratif yang cuba ditonjolkan selama ini.
Greta mempunyai jutaan pengikut muda yang skeptikal terhadap berita arus perdana. Apabila dia bersuara, mesejnya menembusi terus ke kalangan demografi utama ini.
Oleh itu, mereka juga mengekalkan imej untuk tidak menjadi hipokrasi meskipun sedia menghentam Greta kerana lantang menuduh mereka melakukan “genosid sistematik” dan “kejahatan perang” di Gaza.
3. Kredibiliti Moral Mutlak (Soft Power)
Istilah ini merujuk kepada keupayaan Greta untuk mempengaruhi dunia hanya berdasarkan kejujuran dan reputasi baiknya, tanpa perlu menggunakan wang, ketenteraan, atau kedudukan politik.
Greta dikenali kerana komitmennya yang 100% terhadap prinsip. Dia sanggup berlayar merentasi lautan, bukannya terbang, untuk mengurangkan jejak karbon. Oleh itu, apabila dia bersuara, orang ramai percaya dia berpegang pada kebenaran, bukan pada agenda tersembunyi.
Kerana dia tidak mewakili mana-mana parti atau kerajaan yang kuat, sukar bagi musuh untuk menyerangnya.
Serangan terhadap Greta dilihat sebagai serangan terhadap moral dan kemanusiaan (seperti serangan ke atas seorang kanak-kanak), yang akan mencetuskan kemarahan global.
Secara ringkas, kredibiliti moral mutlak Greta bermaksud suaranya lebih kuat daripada propaganda kerana dia tidak menjual jiwanya, dan musuh tidak dapat mencarikan kelemahan dari segi integriti peribadi beliau.
Konklusinya, Greta adalah ancaman soft power yang paling ditakuti Isr*l kerana beliau mampu memecahkan propaganda mereka hanya dengan menyuarakan kebenaran yang didorong oleh hati nurani.