Aktivis Greta Thunberg mengesahkan cerita daripada rakan rakan seperjuangannya bahawa dia diseksa tentera negara haram.
Sebelum ini ada rakan seperjuangannya menceritakan bahawa Greta ditarik pada rambut dan diheret dengan kasar dan dibalut dengan bendera negara haram.
Tentera IDF dilaporkan memaksanya untuk mengakui kedaulatan negara haram itu.
Tetapi Greta setakat ini tidak begitu berminat menceritakan tentang penderaan yang dia terima. Kerana menurutnya, itu bukan tujuan utama misi mereka.
Sebelum ini Greta berkata: “Kepada dunia, ya, ada genosid sedang berlaku di Gaza.”
Berkenaan dengan pembebasan mereka oleh IDF, gadis asal Sweden itu berkata: “Saya baru sahaja dibebaskan dari penjara penyeksaan tanah haram di padang pasir.

“Sejujurnya, saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan, kerana tidak kira apa pun yang kami katakan, tiada apa-apa yang akan memberi kesan.
“Tiada tindakan akan diambil oleh kerajaan kita, walaupun di bawah undang-undang antarabangsa mereka mempunyai kewajipan sah untuk bertindak bagi mencegah dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai (genosid).”
BREAKING:
Greta Thunberg confirms she was tortured in Israeli detention describing cruel and degrading treatment and conditions but adding….
"I don’t want headlines about Greta being tortured, that’s not the story. The story is Gaza.” pic.twitter.com/ns2w4D9mpQ
— Global Sumud Flotilla ✨ (@GSMFlotilla) October 8, 2025
Wartawan berterusan mahu mendapatkan cerita tentang dia diseksa tentera negara haram.
Sebelum ini The Guardian turut mendedahkan bahawa Greta tidak dibekalkan dengan air bersih sekalipun ketika ditahan.
Greta Thunberg tidak begitu berminat mengulasnya. Ini kerana menurutnya, dia tidak mahu cerita itu akan menenggelamkan isu lebih penting iaitu isu kemanusiaan di Pal*stin.
Dia tak mahu wartawan menulis berita yang dianggap tidak penting berbanding dengan isu kemanusiaan.
Greta cuma berkata: “Secara peribadi, saya tidak mahu berkongsi apa yang saya alami, kerana saya tidak mahu kamu tulis tajuk utama berbunyi seperti ‘Greta telah diseksa’, sebab itu bukan isu sebenar di sini.
“Saya boleh bercerita panjang lebar tentang layanan teruk dan penderaan kami terima di dalam penjara, percayalah kepada saya, itu bukan cerita untuk dihebahkan.
“Negara haram ini sedang meningkatkan skala genosid dan kerosakan teruk dengan niat pembunuhan beramai ramai. Cuba menghapuskan kesemua populasi manusia di hadapan mata kita semua.
Ditanya kenapa Greta dan rakan rakannya sanggup melakukan perlayaran yang jauh dan berisiko itu. Dia menegaskan: “Tiada siapa mahu menjadi aktivis. Kami hanya mahu menamatkan genosid.
“Kami mahu menamatkan penjajahan dan ketidakadilan. Kita boleh mulakan dari situ, tetapi jika ia perlu, sudah tentu, tanpa ragu-ragu, 100% saya akan lakukannya.”
Greta Thunberg juga pernah menyatakan: “Saya tidak takut dengan negara haram. Saya cuma takut kalau dunia ini hilang naluri kemanusiaan.”
“I'm not scared of Israel. I’m scared of a world that has seemingly lost all sense of humanity.”
– Greta Thunberg 🇵🇸pic.twitter.com/nmfcDn5BIa
— MK (@mkr4411) October 5, 2025