Kementerian Luar Negara Haram menafikan dakwaan penganiayaan terhadap Greta Thunberg dan tahanan lain dari Sumud Flotilla.
Mereka menuduh Greta dan aktivis sebagai berbohong. Dalam kenyataannya, Kementerian itu berkata:
“Dakwaan mengenai penganiayaan terhadap Greta Thunberg dan tahanan lain dari flotila Hamas–Sumud adalah pembohongan terang-terangan.
“Semua hak undang-undang tahanan dipatuhi sepenuhnya.
“Menariknya, Greta sendiri dan tahanan lain menolak untuk mempercepatkan pengusiran mereka dan bertegas untuk melanjutkan tempoh tahanan.
“Greta juga tidak pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa negara kami mengenai tuduhan tidak masuk akal dan tidak berasas ini – kerana perkara itu tidak pernah berlaku.”

Beberapa minit selepas Kementerian Luar Negara Haram menafikan dakwaan bahawa Greta Thunberg dianiaya, Menteri Keselamatan Negara Haram Ben Gvir pula seolah olah mengiyakan dakwaan itu.
Namun dia menegaskan layanan itu adalah sesuai untuk aktvitis Sumud Flotila yang dia label sebagai pengganas, kerana menyokong pengganas.
Ben Gvir malah bangga kerana pegawai penjara melayan aktivis tersebut sama seperti pengganas, dan merasakan bahawa layanan itu terlalu baik untuk ‘pengganas’.
“Saya bangga bahawa para aktivis flotila dilayan sebagai pengganas. Ini adalah dasar saya.”
“Saya bangga dengan kakitangan penjara yang bertindak mengikut dasar yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Kobi Yaakobi dan saya sendiri.
“Saya berada di kapal mereka; saya tidak melihat sebarang bantuan atau ciri ciri kemanusiaan dimaksudkan.
“Saya melawat Penjara Ktzi’ot dan saya bangga bahawa kami melayan para aktivis flotila sebagai penyokong keganasan.
“Sesiapa yang menyokong keganasan adalah pengganas dan berhak mendapat layanan yang sama seperti pengganas.”
Netizen segera menyindir Ben Gvir yang sebenarnya pengganas malah menuduh orang lain pengganas. Sebelum ini Ben Gvir pernah didakwa denagn aktiviti keganasa dan rasisme.
“Anyone who supports terrorism is a terrorist and deserves the same conditions applied to terrorists.” pic.twitter.com/14KiioOL9v
— Zeit&Zaatar (@ZeitandZaatar) October 5, 2025