Berjaya Food Bhd (BFood) mencatat kerugian lebih besar bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, dengan melaporkan kerugian bersih hampir RM300 Juta.

Pendapatan tahunan syarikat itu merosot kepada RM476.8 juta berbanding RM750.7 juta yang diraih pada tahun kewangan 2024.

Baca Juga:

Bagi suku keempat berakhir 30 Jun 2025, BFood mencatat kerugian bersih sebanyak RM185.8 juta, berbanding RM38.2 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Berjaya Food
Sumber Gambar: Berjaya Food

Punca Kerugian Berjaya Food

Penurunan ini disebabkan boikot terhadap beberapa jenama dibawah syarikat itu ekoran perang antara regim Zionis dan tentera Hamas di Palestine.

Antara jenama yang paling terkesan ialah Starbucks dimana banyak cawangan yang telah menamatkan operasi sejak perang yang bermula pada 2023 itu.

Berjaya Food berkata kumpulan memberi tumpuan kepada pasaran tempatan dan luar negara, sambil menyusun semula operasi kedai di pasaran tempatan bagi mengukuhkan operasi teras.

Berjaya Food
Sumber Gambar: Hazim Jaafar / The Vocket

“Dengan langkah ini, kami berada pada kedudukan yang baik untuk memacu pertumbuhan strategik dan merebut peluang di pasaran baharu.

“Tanda-tanda pemulihan yang memberangsangkan, terutamanya di pasaran tempatan.

“Ini mencerminkan keberkesanan pendekatan kami dan komitmen terhadap kecemerlangan operasi,” kata syarikat itu.