Kalau anda perasan, trend sokong produk tempatan atau sapot lokal ni makin lama makin kuat dalam kalangan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, setiap ringgit yang kita belanjakan untuk peniaga kecil sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada komuniti dan usahawan PMKS.

Sempena Hari PMKS Sedunia 2026, Unifi Business kembali lagi dengan inisiatif tahunan #BelanjaDiSME. Tapi kali ni, impaknya bukan biasa-biasa weh!

Penganjuran tahun ini melangkah lebih jauh dengan membantu mendigitalkan bisnes usahawan tempatan secara terus demi membantu mereka berkembang.

#BelanjaDiSME di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang Raih Sambutan Hangat

Berjaya Gegarkan Pulau Pinang! Siri Jelajah #BelanjaDiSME Unifi Business Kini Menuju Ke Kuala Lumpur Dan Johor Pula, Rugi Usahawan Tak Join!

Siri jelajah #BelanjaDiSME telah pun membuka tirai pertamanya di utara tanah air dan respon yang diterima memang luar biasa gempak!

Bertempat di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang, para usahawan tempatan tidak melepaskan peluang keemasan untuk turun padang dan menimba ilmu digital.

Bukan sekadar sesi suai kenal, usahawan PMKS terpilih di Pulau Pinang bertuah kerana meraih slot FREE TikTok Live session yang dibimbing terus oleh Pinn Yang (Foodie Media)! Nama besar yang pakar dalam mencetuskan konten makanan tular.

Melalui sesi live ini, peniaga bukan sahaja dapat pendedahan atau exposure yang tinggi, malah belajar teknik tarik audiens, tingkatkan engagement, dan tukarkan tontonan menjadi jualan (sales).

Jangan Lepaskan Peluang Di 2 Lokasi Seterusnya!

Berjaya Gegarkan Pulau Pinang! Siri Jelajah #BelanjaDiSME Unifi Business Kini Menuju Ke Kuala Lumpur Dan Johor Pula, Rugi Usahawan Tak Join!

Buat para peniaga di kawasan Lembah Klang dan Selatan yang cemburu tengok usahawan Pulau Pinang rancak buat TikTok Live, jangan risau! Siri jelajah #BelanjaDiSME akan diteruskan ke destinasi seterusnya tidak lama lagi.

Pastikan anda tanda kalendar siap-siap untuk serbu lokasi berikut:

Lokasi Kedua: NU Sentral, Kuala Lumpur (27 & 28 Jun 2026)

Warga kota bakal dihangatkan dengan kehadiran Dr Nana, pengasas Nana’s Pani Puri yang berjaya membina fenomena tersendiri dalam dunia perniagaan makanan. Nak tahu bagaimana caranya untuk bina branding sampai laku keras? Dr Nana ada jawapannya.

Lokasi Ketiga: AEON Bukit Indah, Johor Bahru, Johor (25 Julai 2026)

Siri jelajah ini akan berlabuh di selatan tanah air, menyaksikan gandingan semula bersama Pinn Yang untuk membantu usahawan Johor melonjakkan jenama mereka ke skrin digital yang lebih besar.

Bukan Setakat Live, Cenderamata Eksklusif World Cup Turut Tersedia!

Selain berpeluang menaikkan profil perniagaan anda menerusi platform penstriman langsung, usahawan yang mendaftar dan menyertai kempen ini juga berpeluang membawa pulang merchandise rasmi Piala Dunia secara PERCUMA! (Tertakluk pada terma dan syarat).

Sambil mendigitalkan bisnes, sambil bawa pulang cenderamata eksklusif.

Kenapa Unifi Business Sentiasa Jadi Pilihan Utama PMKS?

Berjaya Gegarkan Pulau Pinang! Siri Jelajah #BelanjaDiSME Unifi Business Kini Menuju Ke Kuala Lumpur Dan Johor Pula, Rugi Usahawan Tak Join!

Unifi Business, Rakan Digital Pilihan Anda. Sebagai Rakan Digital Pilihan PMKS, Unifi Business komited menyediakan ekosistem digital terbaik untuk menyokong pertumbuhan usahawan mikro dan PKS menerusi:

Sambungan Stabil & Dipercayai: Penting untuk kelancaran live streaming tanpa gangguan internet.

Sokongan Komuniti Menyeluruh: Akses ke Unifi Business Club (UBC) dan rundingan terus bersama pakar perunding di seluruh negara.

Dipercayai Ramai: Menjadi rakan digital utama kepada lebih 400,000 PMKS di seluruh Malaysia.

Solusi Digital Lengkap: Menawarkan produk merangkumi pelan Mobile, Solusi Pemasaran Digital, serta sistem pengurusan janji temu pintar Go Bookit.

Ayuh Daftar Sekarang!

Berjaya Gegarkan Pulau Pinang! Siri Jelajah #BelanjaDiSME Unifi Business Kini Menuju Ke Kuala Lumpur Dan Johor Pula, Rugi Usahawan Tak Join!

Peluang keemasan untuk dibimbing oleh nama-nama besar industri secara percuma seperti ini jarang sekali datang bergolek!

Buat anda yang mahu melihat perniagaan berkembang lebih jauh dengan bantuan alatan pemasaran digital, anda boleh layari unifi.com.my/BelanjaDiSME untuk maklumat lanjut.

Bagi seluruh rakyat Malaysia, ayuh kita tunjukkan solidariti dan tanda sokongan kepada ekonomi tempatan dengan membeli-belah di premis PMKS kegemaran korang sempena World SME Day ini!

#sapotlokal #BelanjaDiSME #UnifiBusiness #RakanDigitalPilihanAnda