Sekiranya anda mendalami bidang kewangan, pastinya anda cukup kenal dengan individu bernama Robert Kiyosaki. Buku ‘Rich Dad, Poor Dad’ yang ditulis beliau telah menjadi rujukan ramai serta muncul sebagai antara buku kewangan terlaris sepanjang zaman.

Malah, ramai yang mempunyai inspirasi untuk mengikuti apa yang dilakukan Robert Kiyosaki untuk tampil berjaya dalam bidang kewangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam pada itu, siapa sangka usahawan popular yang kini menginjak ke umur 76 tahun ini mempunyai jumlah hutang mencecah $1.2 bilion (RM5.6 bilion). Kenyataan ini diakui oleh beliau sendiri dalam sebuah podcast baru-baru ini.

Beliau yang bertanggungjawab menghasilkan buku yang terjual lebih 40 juta buah serta mempopularkan terma ‘hutang baik’ dan ‘hutang jahat’ ini mendedahkan pinjaman bank mampu menjadi alat untuk meningkatkan kekayaan seseorang jika kena caranya.

Mengulas mengenai hutang besar yang dibuat, beliau dengan bangganya memaklumkan sekiranya beliau bankrap melunaskan bayaran, pihak bank akan turut bankrap berikutan jumlah hutangnya yang besar.

Sebelum ini, Robert Kiyosaki turut mendedahkan beliau sudah mulai asetnya kepada pelaburan melibatkan emas dan juga Bitcoin dalam memperoleh keuntungan yang lebih tinggi.

Sumber