Selain giat memboikot rangkaian jenama kopi terkemuka yang berkait dengan Israel, rakyat Malaysia juga kini mahu beralih kepada jenama lokal. Jadi, ramai pemilik bisnes mahu turut menawarkan servis kopi bagi memenuhi permintaan peminat di luar sana.

PAK MAT Western kini menghebahkan di media sosialnya bahawa mereka baru sahaja membuka outlet pertama kedai kopi di Malaysia.

Baca Juga:

Menariknya, kedai yang dinamakan Mat Coffee ini bakal menawarkan kopi premium pada harga serendah RM5 sahaja.

Dimaklumkan pada hari pertama pembukaan sudah mencecah hampir 2,000 cawan terjual dek kerana sokongan padu oleh warga setempat. Walaupun baru sahaja menapak di pasaran tidak sampai 24 jam, Pak Mat mendedahkan bahawa telah menerima pertanyaan bertalu-talu berkenaan pembukaan francais lain pula.

Sementara di rungan komenter pula, majoriti netizen menyambut baik akan pembukaan kedai kopi terbaharu itu dan sedia memberi sokongan penuh untuk membeli produk mereka.

Sumber Gambar: FB Pak Mat Western
Sumber Gambar: FB Pak Mat Western

Malah, ramai yang meminta pihak Pak Mat Western untuk pertimbang membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia.