Berjaya Sompo Insurance Berhad (BSIB) dengan berbesar hati telah menganugerahkan biasiswa ‘BSIB Rising Star 2023’ kepada dua orang pelajar untuk kategori awam pada November 2023.

BSIB juga telah menganugerahkan biasiswa yang sama kepada seorang pelajar di bawah kategori anak kakitangan pada bulan Julai 2023. Penerima dipilih berdasarkan kecemerlangan keputusan peperiksaan awam, prestasi akademik dan kokurikulum, aspirasi, latar belakang keluarga dan daya usaha yang ditunjukkan untuk meningkatkan taraf hidup keluarga mereka.

Baca Juga:

“Biasiswa BSIB Rising Star 2023 ini merupakan inisiatif kali pertama yang diperkenalkan oleh BSIB sebagai salah satu usaha menyumbang kepada pembangunan sosial masyarakat. Walau bagaimanapun, kami berhasrat untuk menjadikannya sebagai inisiatif berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang.

“Kami percaya bahawa pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik, dan menjadi komitmen kami untuk menjadikan pendidikan lebih mudah diakses oleh semua, terutama mereka yang kurang bernasib baik,” kata Encik Tan Sek Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo.

Program BSIB Rising Star adalah salah satu inisiatif di bawah kategori sosial dan sebahagian daripada keseluruhan pelan ESG BSIB. Ia direka untuk memperkasakan dan menyokong minda generasi muda yang cemerlang dalam perjalanan mereka ke arah masa depan yang gemilang melalui pencapaian akademik dan kerjaya.

Program biasiswa ini adalah bukti komitmen BSIB untuk memupuk kecemerlangan dalam pendidikan dan seterusnya mengasuh bakat generasi muda selaku pelapis kepada pemimpin masa hadapan.

Soong Xin Hui dan Lee Le Bei, kedua-dua penerima merupakan pelajar tahun pertama di Universiti Malaya, masing-masing dalam pengkhususan Kesusasteraan Inggeris dan Undang-Undang. Kedua-dua mereka akan menerima RM10,000 setiap tahun sepanjang tempoh pengajian, tertakluk kepada prestasi akademik mereka dari masa ke masa.

Soong Xin Hui berkata, “Sudah menjadi impian saya untuk menjadi guru Bahasa Inggeris, kerana saya percaya Bahasa Inggeris adalah bahasa yang menghubungkan orang ramai. Biasiswa ini pastinya dapat mengurangkan beban kewangan keluarga saya dalam usaha menggapai cita-cita saya.

“Saya dan keluarga sangat bersyukur apabila dianugerahkan biasiswa ini kerana ia akan membantu saya mencapai matlamat kerjaya saya untuk menjadi seorang peguam,” kata Lee Le Bei.

Selain bantuan kewangan, penerima biasiswa ini juga akan diberi peluang untuk mejalani latihan industi bersama BSIB.

BSIB mengalu-alukan para pelajar cemerlang yang layak supaya memohon biasiswa ini. Program biasiswa BSIB Rising Star untuk kuota 2023 masih dibuka hingga 31 Disember 2023 manakala permohonan bagi kuota 2024 akan mula dibuka pada 1 Januari 2024.

Lawati laman sesawang BSIB Rising Star di sini untuk maklumat lebih terperinci mengenai kriteria kelayakan dan proses permohonan. Semoga berjaya.