Salah satu jenama baju raya yang sedang hype pada ketika ini sudah semestinya Bulan Bintang kerana penawaran hadiah cabutan bertuah yang cukup lumayan bagi pembeli terpilih.

Manakan tidaknya, pengasas Bulan Bintang telah memperuntukkan sebanyak RM11 juta untuk menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti iPhone, motosikal, kereta dan pakej umrah secara percuma sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @madakmal_ telah memuat naik video yang memaparkan dia memenangi pakej menunaikan umrah dalam cabutan bertuah tersebut.

Memandangkan terdapat satu beg kertas Bulan Bintang pada latar belakang, dia mungkin baru sahaja membeli pakaian jenama tersebut ketika itu.

Dapat dilihat dalam video, seorang lelaki mahu mencuba nasib yang sama namun sebelum dia menekan butang cabutan bertuah, dia menghulurkan telefonnya itu kepada ibunya di sebelah.

Sebelum menekan butang cabutan bertuah tersebut, si ibu sempat berdoa kepada Allah. Berikut doa yang dibacakan:-

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.”

Tanpa mengharapkan apa-apa, mereka berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah berupa pakej umrah. Jelas pada wajah, mereka juga nampak terkejut dan tidak percaya dengan rezeki tersebut.

@madakmal_

Ya Allahhhhhhh macam tak percaya. Rezeki mama dapat hadiah umrah. Jarang betul bertuah camni TQ @bulanbintangclothing @meripergibulat 😭 #bulanbintang #bajumelayu #fyp @Bulan Bintang Clothing HQ @meri yang busy

♬ original sound – mal – mal

 

Video yang tular itu turut menerima ucapan tahniah daripada pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi yang lebih dikenali sebagai Meri. Katanya lagi, dia berasa sebak setiap kali melihat video itu.

Sumber Gambar: TikTok madakmal_

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai berkata hadiah pakej menunaikan umrah dimenangi berkat doa seorang ibu.

Beberapa individu turut berkata bahawa seorang pemenang sebelum ini telah berjaya memenangi hadiah kereta apabila menggunakan nama ibunya di dalam borang cabutan bertuah.

Sumber Gambar: TikTok madakmal_
Sumber Gambar: TikTok madakmal_

Malah, seorang individu juga dikatakan telah memenangi hadiah pakej umrah kerana memasang niat untuk mendahulukan ibadah itu buat ibunya.