Satu video pendek dimuat naik Twitter @amer7211 telah mengundang rasa tidak puas hati orang ramai apabila ada seorang lelaki berkopiah ‘melepaskan hajat’ di belakang kereta yang diletakkan di tepi jalan.
Dalam video berdurasi hampir 20 saat itu, lelaki itu datang dari tepi lorong menuju ke belakang sebuah kereta Perodua Axia.
Baca Juga:
- Sering Kencing Dalam Sinki Dan Berak Berterabur, Lelaki Ini Terpaksa Halau ‘Housemate’ Pengotor
- Berang Dan Ugut Selepas Ditegur, Tindakan Lelaki Ini Kencing Depan Sekolah Raih Perhatian Netizen
- ‘Public Transport Jadi Public Toilet’ – Wanita Selamba Buang Air Kecil Dalam MRT
Kemudian dia menyelak kainnya dan kencing di bahagian but kereta tersebut.
Pakai kopiah bagai tapi adab zero. Serupa lebai PIS! pic.twitter.com/JZgsJ4kTb9
— Amer Hamzah (@amer7211) June 23, 2023
Netizen meluahkan rasa geli dan marah kerana lelaki itu tidak beradap membuang air kecil di tempat awam secara terbuka dan lebih teruk lagi pada kenderaan orang lain.
Paling bodoh ya kencing dekat kereta orang. Semoga aku di jauhkan dari orang bodoh macam ni https://t.co/4UygtUP3v2
— ∆ Fauzan (@FauzanKhasbi) June 23, 2023
Fun fact: kencing macam ni dah tentu mercik semua kena kaki dan nampak gaya tu istinjak pun tidak.
So kalau abang (perangai mcm anjing) ni On the way pergi solat, confirm tak sah sbb diselubungi najis. https://t.co/FTsvgI7Fl6
— Anas 🍉 (@anas4fifi) June 24, 2023
Kebersihan sebahagian daripada iman. Clearly die takde sebahagian tu https://t.co/vD1PN848LE
— SDA (@Amru1375) June 24, 2023
Spenda tak pakai. Air kencing melekat kat kain. Lepas kencing tak cuci, pastu sambung sembahyang isyak kat rumah
Lepas sembahyang, buka FB bagi komen tentang agama pada rakan yang jahil agama https://t.co/2wlQFL3wro
— I'm from kodiang you know (@belialrising) June 24, 2023
Dalam pada itu orang ramai mempersoalkan tidakkah lelaki itu tahu hukum beristinjak dan kebersihan itu merupakan sebahagian daripada iman.