Satu video pendek dimuat naik Twitter @amer7211 telah mengundang rasa tidak puas hati orang ramai apabila ada seorang lelaki berkopiah ‘melepaskan hajat’ di belakang kereta yang diletakkan di tepi jalan.

Dalam video berdurasi hampir 20 saat itu, lelaki itu datang dari tepi lorong menuju ke belakang sebuah kereta Perodua Axia.

Baca Juga:

Kemudian dia menyelak kainnya dan kencing di bahagian but kereta tersebut.

Netizen meluahkan rasa geli dan marah kerana lelaki itu tidak beradap membuang air kecil di tempat awam secara terbuka dan lebih teruk lagi pada kenderaan orang lain.

Dalam pada itu orang ramai mempersoalkan tidakkah lelaki itu tahu hukum beristinjak dan kebersihan itu merupakan sebahagian daripada iman.