Tasha Shilla, seorang pelakon yang cukup lama dalam industri tanahair dan boleh dikatakan hampir setahun menyepi dalam industri hiburan.
Dalam satu laporan, Tasha Shilla mengatakan kini keutamaannya adalah keluarga dan dia mahu memberikan perhatian pada perniagaan terbaharunya iaitu NYLA Beauty.
Baca Juga:
- Mahu Buktikan Diri Tidak Gila, Iqram Akui Ragu Sebelum Kembali Aktif Berlakon
- Lama Menyepi Dari Dunia Hiburan, Fatiya Latiff Kini Bergelar Peguam
- Santai Melawat Kota Dilaknat Al Ula, Zul Ariffin Terima Kecaman Netizen
“Fokus utama saya adalah keluarga, anak-anak, suami. Dan yang kedua adalah produk (perniagaan) saya.” ujar Tasha.
Menurutnya, suami dia tidak menghalangnya untuk aktif berlakon tetapi ini adalah pilihannya. Akan tetapi, jika ada penggembaran yang hanya melibatkan sehari dua, maka dia akan pertimbangkan.
Tasha mengatakan dia berasa bimbang untuk meninggalkan dua cahaya matanya dalam satu tempoh yang lama kerana kebiasaanya sesi penggambaran akan mengambil masa lama.
Tambahnya, dia akan kembali bergiat aktif berlakon jika anak-anaknya sudah besar dan akan lebih memilih watak yang memberi manfaat kepada masyarakat.