Malaysia sememangnya terkenal dengan sebuah negara yang aman damai yang diwarnai dengan masyarakat berbilang kaum serta kemudahan dan fasiliti yang boleh dianggap lebih baik berbanding negara lain.

Kerajaan telah menyediakan kemudahan kesihatan yang mampu milik untuk rakyat dimana klinik dan juga hospital kerajaan menyediakan perkhidmatan yang mana rakyat hanya perlu mengeluarkan biaya yang sedikit bahkan percuma.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sistem Kesihatan Malaysia Lebih Baik Berbanding US

Di laman media sosial, seorang wanita tempatan terkejut dengan sistem kesihatan yang terdapat di negara maju seperti Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, seorang lelaki meninggal dunia ekoran menghidap asma selepas tidaka mampu untuk membeli inhaler yang mana harganya mencecah ribuan ringgit.

Seorang lelaki berusia 22 tahun di Wisconsin meninggal dunia selepas serangan asma yang teruk kerana dia tidak mampu membayar harga inhaler, yang tidak lagi dilindungi oleh insuransnya.

Menurut keluarga lelaki tersebut, beliau meninggal dunia selepas tidak mampu untuk membeli inhaler yang harganya meningkat dari $66 kepada $539.

Harga ini jelas berbeza dengan harga di Malaysia dimana rata-rata inhaler yang dijual hanya berharga RM10 ke RM20 di farmasi ataupun klinik kesihatan swasta.

Malah, rakyat boleh mendapat alat tersebut secara percuma sekiranya membuat temu janji di klinik kesihatan kerajaan.

Kelebihan dari segi kesihatan menjadi pilihan masyarakat luar negara untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang sesuai untuk bersara.

Andrew Taylor, seorang lelaki berusia 70 tahun dari AS, membuat keputusan untuk bersara dan berpindah ke Malaysia pada usia 60 tahun.

Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 (USD2,500) setiap bulan untuk keperluan hidup, jauh lebih rendah berbanding kos di AS.

Beliau juga memiliki insurans kesihatan asas yang berharga RM340 sebulan, yang meliputi kos hospitalisasi.

“Kemudahan kesihatan di Malaysia sangat memuaskan. Anda tidak perlu menunggu lama untuk temu janji,” katanya.

Taylor turut menekankan betapa amannya kehidupan di Malaysia berbanding AS.