Sebagai pelajar waktu sekolah dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek yang dirasakan amat sukar untuk mendapatkan markah ‘paras hidung’, apatah lagi markah penuh.

Baru-baru ini seorang pelajar membuktikan tiada yang mustahil untuk score subjek tersebut.

Baca Juga:

Menerusi hantaran video TikTok @slf6n, pelajar itu berkongsi gambar-gambar daripada helaian pertama hingga akhir kertas soalan dan jawapan Sejarah Kertas 2.

'Bersyukur Masih Ada Pelajar Pandai Di Malaysia' – Remaja Sekolah Johor 'Score' Sejarah 100 Peratus Raih Pujian
Sumber Gambar: TikTok @slf6n
'Bersyukur Masih Ada Pelajar Pandai Di Malaysia' – Remaja Sekolah Johor 'Score' Sejarah 100 Peratus Raih Pujian
Sumber Gambar: TikTok @slf6n

Antara soalan-soalan yang ditanyakan seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka, Prinsip Rukun Negara, Kemerdekaan Malaysia dan Nasionalisme.

Pada masa sama, pelajar itu turut menjawab soalan berkaitan Perang Dunia Ke-2 di Eropah dan pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu.

Video tersebut meraih lebih 1 juta tontonan dan lebih 2,300 komen daripada pengguna TikTok.

Ramai memuji pelajar tersebut, pada masa sama berasa bersyukur masih ada pelajar-pelajar pintar di Malaysia pada hari ini — kerana kebanyakkan remaja memilih untuk malas belajar dan berimpian untuk menjadi influencer.

Bahkan dulu pernah tular kisah seorang guru pening kepala selepas satu kelas Tingkatan 2 mendapat markah kosong untuk ujian Sejarah. Apabila ditanya kepada para pelajar, influencer menjadi pekerjaan pilihan selepas SPM nanti.

'Bersyukur Masih Ada Pelajar Pandai Di Malaysia' – Remaja Sekolah Johor 'Score' Sejarah 100 Peratus Raih Pujian
Sumber Gambar: TikTok @slf6n
'Bersyukur Masih Ada Pelajar Pandai Di Malaysia' – Remaja Sekolah Johor 'Score' Sejarah 100 Peratus Raih Pujian
Sumber Gambar: TikTok @slf6n

Dalam pada itu, ada netizen mengakui kehebatan remaja tersebut kerana bersekolah di TIGS (Temenggong Ibrahim Girl School) di Batu Pahat, Johor. Ini berdasarkan logo TIGS yang berada di kertas kajang untuk menulis jawapan ujian Sejarah itu.

Menurut alumni sekolah berkenaan, setiap pelajar telah dilatih untuk menguasai dua subjek ini — Bahasa Malaysia dan Sejarah —dengan mendapat markah penuh 100 peratus.

Antara tips dikongsikan, untuk esei Bahasa Malaysia, pelajar perlulah menulis esei penuh muka surat jawapan dengan tulisan yang cantik & kemas.

“Bagus adik. Awak buktikan yang masih ada lagi budak sekolah yang ada usaha belajar walaupun beberapa peperiksaan besar dihapuskan. Semoga awak menjadi inspirasi untuk semua kawan awak untuk berjaya sama-sama.

“Alhamdulillah terima kasih kerana jadi murid yang rajin, bijak dan baik. Semoga kejayaan milik adik ya. Jangan terikut-ikut trend sekarang yang tidak menjawap soalan peperiksaan,” kata netizen yang meletakkan harapan tinggi ke atas pelajar tersebut.

Sumber