Rangkaian televisyen Korea SBS baru-baru ini mendedahkan 41 profil peserta untuk rancangan mereka yang akan datang, Universe Ticket dimana para peserta tidak hanya dari Korea tetapi menampilkan juga peserta dari negara Asia Tenggara iaitu Vietnam, Thailand, Myanmar, Filipina dan Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, terdapat seorang peserta dari Malaysia yang dikenali sebagai Alyssa terpilih menyertai pertandingan tersebut.

Baca Juga:

Gadis itu dilahirkan pada tahun 2005 dan dipercayai berasal dari Sabah atau Sarawak. Setiap minggu, kesemua peserta akan bersaing antara satu sama lain dan akan menerima undi dari orang awam untuk layak ke peringkat seterusnya.

Hanya 8 daripada 82 pelatih akan menang peluang untuk debut dalam kumpulan gadis K-Pop akan datang yang akan diuruskan oleh syarikat hiburan baru, F&F Entertainment.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir rakyat Malaysia memberikan semangat kepadanya untuk berjaya dalam pertandingan tersebut sekaligus mencapai impiannya.