Pada minggu ini, berlakunya kemasukan pelajar sesi baharu ke universiti yang dipilih masing-masing. Jadi, secara logiknya para pelajar pada semester pertama akan mendiami asrama yang disediakan oleh pihak universiti.
Salah seorang pengguna TikTok yang dipercayai pelajar semester pertama di sebuah universiti terkemuka telah berkongsi sebuah video yang memperlihatkan keadaan fasiliti asrama yang cukup daif dan tampak ‘angker’.
Menerusi video tersebut, bermula dengan dinding yang catnya sudah kusam di samping mempunyai kesan kulat bertompok padanya di dalam bilik asrama itu.
Masalah dinding berkenaan turut terjadi di kawasan beranda dan juga tandas yang mana menjadikan ia tampak usang seperti sudah lama ditinggalkan.
Kipas dinding tanpa penutup pula bersaiz kecik sekaligus tidak dapat menyejuk keseluruhan bilik seperti yang diharapkan. Ruangan bilik yang kecil ini juga jadi lebih padat apabila barangan mula dibawa masuk.
Cermin tandas yang disediakan juga dipenuhi kesan hitam yang tidak dibersihkan bagi kegunaan pelajar.
Secara keseluruhannya, persekitaran sangat tidak kondusif untuk diduduki apatah lagi fasiliti yang tampak usang menjadikan ia tidak selamat digunakan oleh para pelajar yang menetap di asrama universiti itu.
Pelajar itu langsung menyoal adakah setakat ini sahaja standard universiti dalam menyediakan fasiliti asrama kepada para pelajar di sana. Mana mungkin mereka tidak marah kerana perlu membayar yuran ratusan untuk menduduki astama tetapi setakat ini sahaja kualiti yang diterima.
@miyyaa01 standard uitm ke ni? #uitm #unipurple #uitmdihatiku
Perkongsian pelajar bernama Amirah Amri di platform TikTok telah meraih perhatian netizen di mana majoritinya sangat terkejut melihat keadaan fasiliti asrama yang disediakan oleh pihak universiti terkenal itu.
Sementara ada pelajar universiti yang sama tapi bertempat di lokasi lain meluahkan rasa syukur dengan kediaman yang diterima kerana jauh lebih jika nak dibandingkan di dalam video itu.