Tular di media sosial berkenaan sebuah gambar nota tulisan pelajar kolej yang cukup menyayat hati apabila dia mendedahkan terpaksa ‘meminjam’ sejumlah wang RM7.65 daripada tabung kerana kelaparan sejak tiga hari sebelum itu.

Își kandungan nota itu berbunyi “Assalamualaikum semua’ menyentuh hati ramai selepas ia tular di media sosial, dan pelajar itu menjelaskan tindakannya bukan kerana mahu mencuri, tetapi semata-mata untuk mengisi perut yang kosong.

“Saya pinjam duit tabung masjid RM7.65. Maaf, saya dah tiga hari tak makan sebab saya tak ada duit,” katanya.

Pelajar itu malah memaklumkan sedia menggantikan wang tersebut selepas berkemampuan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, dia mengucapkan terima kasih dan meminta orang ramai untuk mendoakan agar dirinya akan kekal kuat dalam menghadapi ujian berat itu.

'Saya Pinjam Duit Masjid RM7.65, Maaf…3 Hari Tak Makan' - Pelajar Kolej
Sumber Gambar: TikTok

Ramai yang tersentuh dan bersimpati dengan nasib pelajar tersebut susulan hantaran mengenai kejadian itu. Tindakan pelajar berkenaan dipandang tinggi oleh orang ramai sebagai bukti jelas bahawa nilai amanah kekal utuh meskipun hidup dalam serba kekurangan.

Oleh itu, netizen menyeru pihak institusi pengajian tinggi (IPT), NGO atau masjid terbabit membantu individu berkenaan berada dalam keadaan kesusahan.

Jangan sampai jadi seperti kisah yang pernah kongsikan yang berlaku di negara jiran apabila individu terbabit ditemui mati disyaki kelaparan selepas merantau cari pekerjaan.