Bintang muda kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United iaitu Ethan Wheatly menjadi calon terbaru pemain kacukan untuk mengisi posisi jentera serangan pasukan negara.

Menurut perkongsian Future Talents di laman media sosial X, Wheatly boleh beraksi bersama Malaysia ekoran mempunyai pertalian menerusi neneknya yang menurut laporan berasal dari Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Wheatly ketika ini berada dalam skuad Manchester Unite B-18 Tahun dimana beliau beraksi dalam saingan EPL B-18 Tahun dan juga saingan lain seperti Premier League 2 serta UEFA Youth League.

Dalam saingan EPL B-18 Tahun, Wheatly setakat ini menjaringkan empat gol dan menyumbang satu assist sekaligus membantu United menduduki tangga pertama dalam carta liga bahagian Utara.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan mereka memantau perkembangan pemain kacukan yang beraksi di liga luar negara yang berpotensi untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

Antara pemain yang dilihat mempunyai potensi untuk memperkuatkan skuad kebangsaan ialah Ferdy Druijf dimana beliau sedang menyinar bersama kelabnya, PEC Zwolle dalam saingan Eredivisie. Beliau juga memiliki darah Malaysia sebelah ibunya walaupun dilahirkan di Belanda.

Pemain tersebut turut mengikuti akaun media sosial FAM sekaligus menjadi bualan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Selain itu, ada tiga lagi pemain yang berpotensi seperti Daniel Adshead dimana pemain berusia 23 tahun dilaporkan memiliki darah Malaysia daripada sebelah bapanya.

Zion Flemming kini beraksi bersama Millwall FC dalam Liga Championship iaitu divisyen 2 di England serta Quilan Poulina yang berusia 20 tahun dimana beliau juga boleh beraksi di posisi kritikal iaitu ‘Defensive Midfield’ bagi mengekang serangan pasukan lawan serta membantu bahagian pertahanan.

Beliau dilaporkan mempunyai darah keturunan Malaysia daripada sebelah ibunya dan kini beraksi bersama kelab divisyen 3 Belanda, VV Katwijk.

Kehadiran pemain kacukan baharu ini adalah sebagai satu pelan sokongan kepada skuad senior selepas beberapa pemain utama sedang meniti penghujung karier dan memerlukan pengganti untuk beberapa posisi kritikal. Lebih-lebih lagi Malaysia sedang berusaha untuk layak ke temasya Piala Asia 2027 yang bakal berlangsung di Arab Saudi.