Selepas kemalangan atau kerosakan kenderaan, ramai pemandu tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka sering tertanya-tanya siapa yang perlu dihubungi, bila bantuan akan tiba atau bagaimana perkembangan tuntutan insurans mereka.
Bagi membantu pemandu mengurus situasi ini dengan lebih mudah, BJAK hari ini melancarkan Digital Roadside Assistance (DRA), satu perkhidmatan yang membolehkan pelanggan mengurus bantuan tepi jalan, perkhidmatan tunda dan tuntutan insurans dalam satu tempat.
Dengan DRA, pelanggan boleh:
- – Minta bantuan tepi jalan untuk masalah tayar, bateri, minyak atau kerosakan.
– Minta trak tunda dan lihat anggaran masa ketibaan (ETA).
– Pantau status kes dan perkembangan tuntutan secara langsung.
– Muat naik dokumen serta terima kemas kini dalam satu platform.
– Mendapatkan perkhidmatan kereta gantian
Cara penggunaannya juga mudah. Selepas membuat permintaan bantuan melalui DRA, pelanggan boleh memantau status kes, melihat siapa yang sedang mengendalikan permohonan, mengetahui tindakan yang sedang diambil, memuat naik dokumen jika diperlukan serta menerima kemas kini sehingga proses tuntutan selesai.
Sekiranya berlaku kelewatan, pelanggan juga boleh terus menghubungi BJAK atau meminta panggilan semula.
Pada peringkat awal, DRA merangkumi bantuan tepi jalan, perkhidmatan tunda dan sokongan tuntutan.
Perkhidmatan kereta gantian akan diperkenalkan mulai minggu hadapan, manakala lebih banyak keupayaan AI akan ditambah secara berperingkat bagi membantu mempercepatkan pengurusan kes dan meningkatkan pengalaman pelanggan.
Pelancaran Digital Roadside Assistance merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BJAK untuk meningkatkan pengalaman pelanggan selepas pembelian insurans.
Inisiatif ini turut menyokong aspirasi Bank Negara Malaysia untuk mempercepat pendigitalan pengalaman tuntutan motor agar proses selepas kemalangan menjadi lebih mudah, telus dan selamat untuk pengguna jalan raya.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang BJAK.