Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa perkhidmatan BJAK tidak ada kelulusan daripada JPJ.

BJAK merupakan perkhidmatan yang menawarkan pembaharuan cukai jalan dan pembaharuan lesen. Dan ianya menawarkan perkhidmatan di atas talian dan menerusi laman sesawang mereka.

JPJ dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa ada pihak yang merungut tentang perkhidmatan oleh BJAK.

Antaranya ada yang merungut tentang caj tambahan serta kecewa bahawa tempoh sah cukai jalan tidak dikemaskini di dalam sistem MyJPJ.

JPJ menegaskan bahawa BJAK bukan di bawah JPJ atau Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jadi sistem BJAK tidak berintegrasi dengan sistem JPJ yang sedia ada.

Oleh itu JPJ menyatakan bahawa orang ramai digalakkan membuat pembaharuan cukai jalan dan lesen kenderaan di pejabat JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ mobile, aplikasi MyJPJ, portal rasmi JPJ serta beberapa portal rakan niaga JPJ iaitu MyEG, Pos Malaysia dan Puspakom.

JPJ turut mengingatkan orang ramai agar berhati hati menggunakan perkhidmatan orang tengah dalam memperbaharui lesen kenderaan atau cukai jalan yang tidak sah untuk mengelakkan kerugian atau masalah lain di kemudian hari.

JPJ mengalu alukan orang ramai mendapatkan maklumat terlebih dahulu daripada JPJ berkaitan dengan perkara tersebut.