Pada hari ini proses untuk memperbaharui cukai jalan sangatlah mudah dengan penggunaan digital.

Sehubungan itu, BJAK Sdn Bhd, platform insurans digital terkemuka Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran program RM150 Juta Cukai Jalan Digital Percuma.

Inisiatif itu memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk memperbaharui cukai jalan bagi kereta dan motosikal mereka secara percuma melalui program tersebut.

“Kami sangat berbesar hati untuk menawarkan kepada semua rakyat Malaysia peluang untuk memperbaharui cukai jalan mereka secara percuma melalui program ini.

“Sebagai sebuah syarikat yang dipacu teknologi, kami komited dalam mempercepatkan pendigitalan Malaysia dan inisiatif ini sejajar dengan visi kami.

“Pelaburan yang besar ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunapakai penyelesaian secara digital bagi pembaharuan cukai jalan mereka, mengakses segala faedah dalam pendigitalan dengan mudah, pelbagai pilihan dan senang,” ujar Mandy Foong, Naib Presiden Pemasaran BJAK.

Subsidi sebanyak RM150 juta kepada pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan mereka di platform BJAK telah bermula sejak Mac 2024.

Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 6 juta pengguna di seluruh Malaysia, memberikan kepada mereka kemudahan yang tiada tandingan dan kebolehcapaian dalam memenuhi tanggungjawab memperbaharui cukai jalan mereka.

Rakyat Malaysia digesa untuk merebut peluang ini dalam menerima inovasi baharu dan menikmati kemudahan dalam membaharui cukai jalan.

Program RM150 juta Cukai Jalan Percuma bukan sahaja bertujuan untuk menjimatkan wang tetapi satu usaha untuk bergerak maju ke arah masa hadapan yang lebih efisien.

Sebagai sebahagan daripada kempen, BJAK akan menggunapakai teknik gamifikasi dalam meningkatkan penglibatan pengguna dan memastikan semua memperoleh pengalaman yang menguntungkan.

Melalui teknologi terkini, BJAK bersedia untuk merevolusikan proses pembaharuan insurans dan cukai jalan dan menetapkan penanda aras terbaharu dalam perkhimatan digital di Malaysia.

Layari laman sesawang BJAK.com untuk maklumat lanjut untuk mendapatkan inisiatif cukai jalan digital percuma.

Sumber