Elon Musk pada tahun lalu memperkenalkan satu servis langganan pengesahan buat para pengguna Twitter yang berminat. Mungkin dilihat satu langkah yang baik, kini pengasas Meta pula mengumumkan servis seumpamanya untuk platform media sosialnya.

Mark Zuckerberg secara rasminya mengumumkan pengenalan sebuah ciri baharu yang dinamakan sebagai Meta Verified. Menerusi perkhidmatan Meta Verified, ia merupakan khimat langganan yang membolehkan pengguna  mengesahkan akaun mereka menggunakan identiti yang disahkan oleh kerajaan.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Dengan ini, akaun pengguna akan mendapat blue tick sebagai pengesahan. Di samping itu, Meta Verified akan turut memberikan perlindungan tambahan yang daripada akaun palsu yang cuba menyerupai anda. Pengguna juga akan diberikan akses terus kepada khidmat pelanggan untuk sebarang bantuan.

Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan secara berperingkat iaitu bermula di Australia dan New Zealand. Mark Zuckerberg mengatakan ciri pengesahan ini sedia ditawarkan pada harga $11.99 (~RM53) untuk langganan menerusi web dan harga meningkat kepada $14.99 (~RM66.33) menerusi iOS.