Sebuah kapal untuk British Natural Environment Research Council (Nerc) telah dinamakan ‘Boaty McBoatface’ setelah nama itu mendapat undian tertinggi dalam satu pertandingan yang dibuat oleh Nerc.

Nama itu timbul hasil cadangan bekas DJ BBC Radio, James Hand. Disebabkan nama yang unik dan lucu itu, laman web Nerc crash kerana jumlah pengunjung yang ramai pergi ke laman web Nerc untuk mengundi nama tersebut.

Kapal Royal Research Ship (RRS) yang bernilai 200 juta pound itu akan menggantikan RRS Ernest Shackleton dan RRS James Clark Ross yang sedia ada. Kapal ini akan mula belayar pada tahun 2019 dan akan membantu para pengkaji alam sekitar tentang ais, hidupan darat dan hidupan marin di kutub Antartika.

Nama Boaty McBoatface menang dengan undian 124,109 ribu dan pencabar terdekatnya, Poppy-Mai di tempat kedua dengan 34,371 undian. Nerc menetapkan syarat dalam pertandingan itu bahawa mereka mempunyai hak untuk memilih nama yang sesuai di akhir pertandingan. Nampaknya Nerc akur dengan populariti nama Boaty McBoatface dan akan menggunakan nama itu sebagai nama rasmi RRS mereka yang baru.

Top 5 nama lain untuk kapal ini adalah :

1. RRS Boaty McBoatface – 124,109
2. RRS Poppy-Mai – 34,471
3. RRS Henry Worsley – 15,231
4. RRS It’s Bloddy Cold Here – 10,679
5. RRS David Attenborough – 10,284

Macam-macam nama yang keluar. Nama-nama lucu lain seperti Pingu, Usain Boat dan What Iceberg? turut mendapat undian yang tinggi dalam pertandingan ini. Itulah dia risiko kalau anda membiarkan orang awam menamakan aset negara. Tapi nama itu sangat catchy dan comel. Orang pasti akan ingat tentang RRS Boaty McBoatface sampai bila-bila. All aboard!

0301be42-4034-4998-9ccc-6c66588c809f-large16x9_BoatyMcBoatface

Sumber