Bersedekah merupakan satu amalan murni yang sudah lama tersemat di dalam masyarakat setempat. Ramai yang sanggup mengeluarkan wang sendiri mengikut kemampuan masing-masing untuk membantu orang lain.

Bagaimanapun, seorang pengguna internet berkongsi pengalaman dirinya terkejut melihat reaksi seorang pengemis di jalanan apabila menghulurkan derma dengan jumlah yang kecil.

Menurut wanita itu, susulan kejadian terbabit telah menyebabkan dia makan hati untuk bersedekah lagi kerana merasakan pemberiannya tidak dihargai.

“Kejadian ini mengubah perspektif aku tentang bersedekah. Semalam aku ada bagi RM1 dekat seorang pengemis ni, dia duduk di kawasan kaki lima bangunan sekitar Temerloh, Pahang.  Katanya dia merupakan mualaf.

“Waktu aku lalu depan dia, aku nampak bekas yang dia tadah tu masih kosong lagi. Apabila lihat macam tu, timbul rasa kesian di dalam hati, jadi aku masukkan seringgit untuk bantu saudara baharu kita ni. Kemudian aku sambung jalan.

“Selepas beberapa meter melangkah, tiba-tiba terdetik rasa nak toleh belakang, berkecai hati apabila aku terdengar dia (pengemis) cakap begini…bodoh kedekut betul kasi seringgit je.

“Dia pegang duit RM1 aku bagi tu dan seterusnya campak semula ke dalam bekas. Terkeluar air mata aku ni, pemberian seringgit ak tak dihargai, terus rasa tak ikhlas, menyesal dan segan nak bersedekah lagi,” kongsinya dengan nada kecewa.

Berdasarkan komentar yang dikongsikan, majoriti netizen memberikan kata semangat wanita tersebut agar akan terus berbuat baik meskipun mengalami peristiwa gelap ini.

Ada sebahagian individu lain turut berkongsi yang mereka turut pernah mengalami perkara yan sama sekaligus telah membuatkan masing-masing sudah tidak mahu bersedekah lagi kepada pengemis dan hanya pertimbang sedekah kepada saluran yang betul seperti tabung masjid.

Sumber